Borhan membuka peti memori nya yang tersudut di bawah katil. Dia lihat banyak kepingan gambar, surat-surat, kad-kad ucapan, kertas-kertas kecil berbentuk hati dan bermacam ingatan yang ingin dia padamkan dalam lebihan hidup dia. Dia mengeluh pendek.
"Buang je la Han. Buat apa kau seksa diri" tegur Fauzi yang dari tadi memerhatikan tingkah laku Han dari jauh.
"Tapi ni semua kenangan indah aku bersama dia. Tak kan nak sia-sia kan macam tu je?" muka Han jadi ketat.
Sambil membakar rokok gulung, Fauzi berdebat. "Sebab kenangan indah ni la buat kau susah nak move on. Kau asyik teringat benda seronok je dengan dia. Kau tak pernah pulak nak fikir benda tak seronok kau dengan dia. Mungkin dekat situ kau boleh jumpa punca perpisahan kau dengan dia. Bunga bukan sekuntum la, Yamaha R6 bukan ada sebiji." Mata Fauzi jadi merah tanda permulaan 'high'.
Setara itu, Borhan bergerak ke flashback.
Dia teringat kan waktu Suhaila tak endahkan dia selama seminggu sampai membuat kan dia sakit hati.
Dia teringat kan waktu Suhaila tak hadir ke majlis konvokesyen nya sampai membuat kan dia sakit hati.
Sewaktu Suhaila keluar bersama jantan lain tanpa memberitahunya sampai membuat kan dia sakit hati.
Sewaktu dia sangat menyayangi Suhaila tapi tidak dijawab dengan apa-apa yang ikhlas.
Sehingga dia rasa sakit hati.
Borhan menjadi sedar ketika itu. Selama mencari punca apa salahnya dalam hubungan dia dengan Suhaila, rupanya dia tak bersalah. Sememangnya Suhaila sendiri mempunya panties yang longgar untuk direlakan sahaja tidak dihormatkan lelaki lain. Borhan sangat konfiden yang bukan dia menjadi punca salahnya hubungan itu. Dia tersenyum sinis sendiri. Menyebabkan Fauzi yang tengah high juga menjadi takut sebentar.
"Betul cakap kau. Aku dah tak perlu kenangan bodoh ni" tegas Borhan.
Dia campak peti memori itu keluar tingkap. Habis jatuh berkecai dari tingkat 16 itu. Selama tempoh jatuh nya peti itu, mulutnya terbuka sehingga menyebabkan segala memori berterbangan ditiup tornado uprising air.
"Bagus Borhan!" sokong Fauzi sambil menumbuk-numbuk dinding. Tak sedar dia sakit nya tangan itu akibat high daripada menghisap ganja.
Lalu Borhan memutarkan lagu Smells Like Teen Spirit sebagai tanda move on nya itu sampai habis. Diikuti banging yang tak henti-henti.
"Lepas ni aku sarankan kau cari calon bini terus. Usia kau pun dah tak sesuai nak cari-cari awek lagi ni. Trend zaman sekarang pun sarankan untuk kita kahwin muda. Ikut trend la brader. Baru tak hipster" komen Fauzi.
"Calon bini?" Borhan keliru.
"Iya la. Cari yang pakai tudung labuh. Sembahyang cukup. Pandai urus suami. Yang penting tak reti nak berfoya-foya dengan jantan lain. Baru syurga" jelas Fauzi.
"Oh. Macam tu. Aku kena mula belajar sembahyang la ni? Kau boleh ajar?" Tanya Borhan.
"Ajar apa? Eh. Cantiknya kapal terbang."
Ironik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan