Setakat ni dah tiga kali aku tulis satu ayat. Aku tulis aku padam. Aku tulis aku padam. Tiga kali aku tulis lepas tu aku padam. Tak cukup penjana otak aku ni sebenarnya. Kurang bersenam kot.
Nak dapat idea untuk menulis bukan senang. Lagi-lagi bila aku kurang membaca. Atau pun aku kurang giat beraktiviti dekat Shah Alam. Otak jadi tak ada inspirasi. Jadi slow. Macam sekarang ni la. Nak tulis satu ayat pun ambik masa 2 3 minit... Hah. Dia jadi lagi. Celaka apa ni.
Mungkin daripada tu, kerja design aku pun jadi tak seronok. Nak jana idea tak cukup. Otak tak aktif punya pasal la ni. Nak fikir dekat luar kotak pun aku jadi tak reti. Segala nya terperap jadi jeruk. Design pun jadi la macam cekodok, kereta Juara, kipas berdiri sama belacan. Entah apa-apa yang aku buat. Tapi sebenarnya aku pun tak faham apa salahnya kalau buat design macam cekodok. Idea juga. Tak cukup firm agaknya presentation aku.
Nak develop idea ni sebenarnya aku kena banyak membaca, jaga makan, kerap bersenam dan kurang makan semut. Kena jadi rajin satu hal juga. Rajin berfikir untuk stimulate otak.
Tapi sekarang ni macam mana aku boleh jana idea tulis post ni? Musykil juga sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan