22 Februari 2012

Keputusan Semasa

Disebabkan orang berhiruk-pikuk dekat fesbuk meluahkan rasa puas hati mereka terhadap keputusan semester yang baru sahaja muncul, aku rasa sangat semak lalu melarikan diri ke arah blog. Di mana karpet time line hanya meluncur sejam sekali. Tidak seperti fesbuk di mana seminit sekali. Semak semak.

Pada mulanya aku rasa berpuas hati kepada keputusan peperiksaan yang aku dapat. Aku tidak diperlukan untuk mengulang semula mana-mana subjek kerana hasilnya aku tiada pun yang gagal. Maka seronok lah aku sambil bertanya-tanya kan keputusan kawan-kawan yang lain. Tapi aku dapati, keputusan diorang memang tak boleh kalau aku nak buat bertanding. Diorang tinggi-tinggi, aku rendah jauh daripada diorang. Pada satu masa aku rasa sedap dengan diri aku, tiba-tiba aku rasa malu.

Kalau tak silap, keputusan kita ditentukan dengan banyak mana usaha kita. Keputusan aku dah pun membuktikan bahawa usaha aku tak banyak. Banyak lagi usaha aku untuk bermain internet, bermain bola, bermain gitar, tidur, makan daripada usaha aku menghasilkan design yang power power. Baru sekarang aku nampak kat mana tahap aku. Tipu la kalau aku cakap semester depan aku boleh buat baru. Aku tau susah, tapi aku nak cuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan