06 Disember 2011

Rijek Kali ke-231

Kalau gua ada Revolver sekarang dekat tangan, gua berpotensi untuk letak Revolver tu dekat sisi dahi dan tarik picu. Nasib baik tak ada. Nasib baik gua pun masih waras. Serta nasib baik gua tak ada insomnia.

Hidup gua jadi lagi tertekan bila kena satu tamparan hebat dekat muka yang segala idea gua dikritik - tidak masuk akal dan tak menepati kuota yang standard minima. Lebih-lebih lagi bila gua antara golongan yang pensyarah gelarkan, kritikal. Keadaan gua sekarang ni boleh lah gua gelarkan sebagai REJECTED.

Pernah kena rijek dengan makwe? Tak pernah? Sebab lu hensem. Sebab tu tak kena rijek. Tapi gua bagi tahu la ni, bila sekali kena rijek, bukan takat hampa. Sedih, marah, segala perasaan negatif yang buat kita tertekan mengalir keluar bersumbukan hormon-hormon resah dan gelisah keluar daripada badan. Itu jam bukan takat penampar, kalau ada Fairway Wood pun mau bagi hayun ke orang.

Dalam kes gua, idea yang gua fikirkan siang malam pagi dan petang, nekad muktamad, dengan harapan dan doa akan akhirnya disukai oleh pengkritik. Suka pun tak, RIJEK. Maka gua pun baling kerusi tadi keluar tingkap. Pecah lagi satu section tingkap dekat studio. Ya, sebelum ni ada juga yang baling. Kali ni turn gua pula yang baling. Nasib baik tak ada kena kepala. Hujung-hujung semester ni mana ada duit nak bayar duit jahit kepala koyak.

Tapi siries, pertama kali rijeksyen paling dalam pernah gua rasa dalam hidup. Dia punya pedih lagi pedih daripada kau dengar, ''mintak maaf la Jack, gua anggap lu kawan je ni'' daripada seorang awek. Pffft. Kiranya abang-abang hensem kat luar tu kalau menangis kena rijek dengan awek, baik pergi bunuh diri. Cuba kau rasa kena rijek idea. Kalau kawan kau yang rijek, gua yakin kau unfriend dia daripada fesbuk.

Jadi, keadaan gua sangat kritikal sekarang ni. Dan gua sebenarnya tak ambik siries sebelum-sebelum ni. Sekarang penyesalan mula mekar dalam kepala modula oblongata gua. Sepatutnya benda yang gua minat ni gua buat sungguh-sungguh. Macam gua buat istana pasir kat PD itu hari. Punya la sungguh-sungguh nak buat Sauron. Menunjukkan yang gua betul-betul berdedikasi nak main pasir. Jadi apa, Sauron tu. Nasib baik tak ada gambar.

Tiba masa kot gua lupakan hal-hal hiburan. Untuk sementara. Tak kan gua nak ulang buat Design untuk satu semester lagi. Umur gua pun dah 21 ni. Bila nak dapat awek kalau asyik mengulang. Esok gua jumpa Pn. Aida. Tanya ke dia tips tips macam mana tak nak mengulang, eh, macam mana tak nak kena RIJEK dah. Mudah-mudahan dengan closure macam ni Pn. Aida nampak kesungguhan gua lantas bagi A terus. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan