02 Disember 2011

Angry Pak Cik

Tanpa berfikir secara panjang tadi, gua keluar rumah waktu orang ramai nak mula pergi kerja lepas Jumaat. Memang silap besar.

Disebabkan gua memandu, gua memang tak ready keadaan macam ni. Sesak seksyen 7 ni lebih kurang macam Federel. Cuma ramai pengguna dia student. Bermakna semua memandu cara cermat. Habis-habis sem ni mana ada duit nak repair kereta.

Jadi, gua kena tanamkan sifat sabar yang tinggi dalam diri. Tak boleh nak marah-marah. Nanti jadi gout. Tapi kalau kereta belakang gua Lamborghini tadi, sabar tu dah jadi hilang. Yang tinggal cuma rasa cemas dan segan. Nasib baik Viva Elite.

Tapi tadi memang ada orang tua jenis tak ingat dah ke tahap kesihatan. Peduli apa dia kalau kena Talasimia sekali pun. Jugak peduli apa kalau dia bawak Kancil Turbo sekali pun kalau budak kat depan yang tak berani nak keluar simpang tambahan bebal pulak buat dia marah. Habis maki hamun dia dalam kereta. Sampai terkeluar-keluar tangan ikut tingkap. Nasib baik tak keluar middle finger.

Gua yang tengah beratur belakang dia terkekeh kecil seorang dalam kereta. Bagus betul ada Pak Cik yang jenis berani maki orang kat jalan raya ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan