17 Ogos 2011

Diari Puasa 2011 : Bulan Separa Penuh

Sedang asyik berjalan kaki pulang ke rumah daripada kerja, gua dapati bulan dekat langit berbentuk separa penuh. Mengikut ilmu astrology yang pernah gua belajar masa darjah 4 Bestari dulu, separa penuh bermakna pertengahan bulan. Ohh. Dah separuh bulan gua berpuasa rupanya.

Kebiasaannya, bila dah separuh bulan gua berpuasa tanpa merasakan beban puasa tu, gua yakin boleh penuh sampai ke habis. Dan kebiasaannya gua penuh je tiap-tiap tahun. Kecuali kalau tahun tu gua kena serang demam Denggi, gestrik, patah metatarsal, tak pun taun, mungkin prestasi gua berpuasa down sedikit.

Bukan nak berlagak atau pun meninggi diri. Sememangnya bagi gua puasa adalah ibadah paling senang nak dibuat di samping menyihatkan. Bertahun kita isi perut kita dengan makanan tak berpaedah seperti Mi Sedap, Mekdi, KFC, Choki-Choki, biskut mini Tiger, keropok Tam Tam, Coca-Cola, Nandos dan sebagainya. Tiba masa sebulan lamanya untuk bagi rehat dekat perut yang menonjolkan sifat hidup bermewah-mewah kita tu. Buncit senang cerita.

Lebih elok lagi, bila tiba Ramadhan, ramai orang berbelanja secara bersederhana. Duit tak dilaburkan secara sia-sia. Pandai menguruskan hal kewangan kelak boleh meriah waktu raya nanti. Walaupun kerajaan bagi bonus, apa kata duit tu kita simpan sedikit buat sedekah anak yatim. Tak pun bagi duit raya tu lebih sedikit ke anak-anak buah. Buat rumah terbuka dan sebagainya. Penghargaan pun dapat pahala apatah lagi. Tapi dunia dunia jugak. Zakat dulu paling penting.

Tinggal seminggu lebih sahaja yang gua perlu bertahan. Juga untuk yang lain. Pedulikan dulu hal-hal makan. Pedulikan masterchef. Pedulikan Riang Ria Raya bersama Cornflakes. Pedulikan bubur lambuk Kampung Baru. Utamakan Ramadhan. Ramadhan bulan amalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan