11 Ogos 2011

Diari Puasa 2005 : Terbang Meninggalkan Tarawikh

"Malam ni on tak? Kita keluar lepas berbuka la. Semua orang kat surau masa tu sibuk menghadap akhirat. Mana nak kisah ke kita yang jahil ni" kata Lemi.

"Haish lu ni" keluh gua. Lepas tu gua angguk sahaja tanda setuju.

Masa tu hari terakhir untuk kertas periksa PMR. Sebagai pelajar sekolah Eton Timur, panjat pagar sekolah lepas kertas terakhir tu merupakan satu kemestian. Kata senior, event tu adalah untuk menunjukkan momen bebas kita. Serta sebagai tradisi buruk untuk pelajar-pelajar yang baru nak up langgar peraturan sekolah.

Perancangan rapi telah kitorang buat. Gunting dawai dah kitorang curi untuk kerat pagar. Dia punya route pun kitorang dah planning. Keluar ikut pagar belakang asrama Pavi di mana kitorang akan bertemu dengan belukar luas. Dari belukar tu akan tembus ke kawasan perumahan dan masuk balik ikut longkang blok kelas form 4. Lepas tu jalan kat kawasan tepi padang bola belah Prep School tembus ke rumah lama Cik Yeop Zain. Kalau dah keluar ke jalan raya kira dah haluan masing-masing. Kena berpecah. Kalau jalan berkumpulan macam Backstreet Boys tu ketara sangat la pulak.

Masa tu mana-mana kutu yang nak ikut sekali amatlah digalakkan. Nak buat jahat biar ramai-ramai. Sebab kebiasaan nya suara ramai tu yang selalu nya menang. Dan ramai-ramai yang keluar tu yang jenis jamban-jamban. Yang baik-baik duduk kat surau. Dan kalau tak silap gua, event kecik macam ni dihadiri seramai 50++ orang. Gua dah tak berapa nak ingat.

"Okay. Kita keluar ni terus kumpul kat astaka Lembah. Ambik kedatangan. Siapa nak belajar hisap rokok boleh belajar kat sana. Jangan lupa bawak rokok pulak" kata Luque, selaku ketua rombongan grup pertama.

Bergeraklah kitorang seperti yang dirancang. Memang tak ada masalah sepanjang perjalanan. Elok je. Penanggal pun kitorang tak terserempak. Apatah lagi warden yang sibuk dengan Tarawikh. Malam tu ramai yang berkumpul dekat astaka. Semua jadi setan. Mana yang tak pernah jadi perokok dah cuba-cuba hisap rokok. Mana yang dah merokok jadi cikgu hisap rokok. Semua bebas malam tu. Seronok tak ingat dunia. Dah macam orang gila.

Dan malam yang riuh dengan Zikrullah tu terasa kekurangannya dek kerana kepala-kepala batu yang melanggar peraturan. Disebabkan Allah itu maha kuasa, musibah diturunkan serta-merta.

Tet trett. Tet trettt.

'Rampa dah tau korang keluar. Balik kang dia nak jumpa satu batch' mesej daripada salah seorang kutu.

Dan malam tu jugak 50 orang ++ terkantoi lompat pagar.

Puas warden merotan budak malam tu.

1 ulasan: