01 Ogos 2011

Diari Puasa 2011 : 1 Ramadhan

Hari ni besday Muhammad 'Akif kalau ikut kalendar Islam. Sepatutnya buat sambutan. Buat kek kurma ke apa yang patut. Tapi mana ada orang sambut ikut kalendar Islam dah. Gua punya tarikh lahir sendiri pun tak tahu bulan apa. Kalau nak senang ingat, lepas ni bagi nama anak ikut bulan Islam. Macam kes 'Akif ni kita boleh taruk nama Adan. Tak pun Aaron Aziz.

Puasa pertama gua kick off dengan makan nasi. Makanan ruji. Biar bertenaga dan supaya tangan tak menggeletar bila buat kerja. Supaya bila hantar air, tak tumpah sikit sikit atas tray. Baru nampak cool, steady dan umpama hari hari buat gym. Bertenaga, berleher jinjang serta berjimat cermat. Demi kepuasan tetamu yang bertandang.

Sebenarnya memang gua berharap sangat yang ramai insan kat muka dunia ni berbuka bersama keluarga di hari pertama berpuasa. Dan tadi gua dapat saksikan yang budaya macam ni masih lagi wujud. Kedai gua kerja tak ramai orang kecuali foreiner foreiner yang gua percayai menuntut di Universiti kita. Jenis ni gua tak kisah nak makan kat kedai gua. Kesian juga kalau nak balik rumah pekena gulai. Berapa jam pulak kalau naik kapal.

Sesudahnya, gua berpuasa hari ni dalam keadaan tenang dan dengan penuh tatasusila. Segala Ibadah dapat gua laksanakan kecuali solat sunat Terawih. Minta maaf gua ucapkan dekat imam surau Ar-Rahman kerana gua sibuk bekerja. Kalau tuan imam dapat buat sampai 23 rakaat dengan bacaan ayat-ayat al-Quran yang panjang, mungkin juga gua sempat buat 8 rakaat. Dan jika gua bercuti, InsyaAllah gua akan bertandang ke surau jika tiada kesulitan.

Orait. Masa untuk baca niat puasa.

2 ulasan: