06 Ogos 2011

Diari Puasa 2011 : Tarawikh

Pum pang! Pum pang! Bunyi gua masak nasi. Nasi cap beras Sunwhite gua tanak sebanyak dua pot atas arahan ibu gua.

"Sukat air guna 3/4 ruas jari. Jangan lebih. Nanti jadi bubur," kata Mama.

"Sure thing Momma, anything for you Momma" demi tak nak jadi anak derhaka.

Lepas petik suis periuk nasi, gua cepat-cepat mandi sebab Mus akan miscall menandakan dia dah tunggu kat bawah. Nak pergi tengok Tarawikh live Makkah di Mamak katanya. Boleh sembang pasal pengalaman puasa tahun ni dengan maximum volume.

"Dah berapa kali lu pergi Tarawikh minggu ni Jack?" soal Mus.

"Baru sekali. 8 rakaat je yang mampu. Lepas tu layan moreh. Kenapa?"

"Tak ajak." jawab Mus ringkas.

'Tak sangka pulak gua budak Mus ni nak juga pergi Tarawikh. Dunia dunia.' Gua bermonolog.

Dengan itu gua mendapat satu kesedaran. Kita anak muda nak sangat pergi Tarawikh, tapi kenapa ada juga jenis mak bapak yang, banyak masa terluang dan singkat masa hidup, sibuk-sibuk pergi berfoya-foya dekat Alamanda tadi?

Musykil musykil. Dunia dunia.

"Esok esok gua cuti, gua nak pergi Tarawikh gua ajak. Jangan merungut pulak kalau-kalau gua nak buat 23."

Mus senyum sinis. Celaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan