04 Julai 2011

Siapa Kenal Jeff Cronenweth? Gua Pun Baru Je Wiki Nama Beliau

Gua nak cuba benda baru. Gua nak beli kamera DSLR yang ada HD. Gua nak jadi kameramen.

Akibat daripada pembikinan filem Mandarin gua semester lepas, gua dapati yang sebenarnya gua berpuas hati dengan hasil rakaman gua. Berbakat juga gua pegang kamera sebenarnya.

Oleh yang demikian, gua nak belajar macam mana nak handle kamera sama edit video cara yang betul. Silap-silap gua boleh jadi sama macam Julian Smith. Paling koman pun boleh bukak bisnes macam CST Productions (boleh cari kat fesbuk). Boleh juga gua beli kamera Panasonic AG-HVX200A yang hanya tuhan sahaja tahu harga dia.

Sekarang gua tengah study video Mat Luthfi. Pelan pelan kayuh dik. Kehkehkeh.

4 ulasan:

  1. dah start minat. tapi bukan untuk gambar. special untuk video sahaja.

    BalasPadam
  2. orait sama. ak pon dah start minat gak.

    BalasPadam
  3. blh la jd vlogger plk lpas nie..kah3..

    BalasPadam