02 Julai 2011

Bola Malaysia Dah Tak Bodoh

Gua dah nampak kemajuannya dalam bidang bola sepak tanah air. Bukan takat cara permainan sahaja, sama juga dalam broadcasting, penyokong dan juga jenama kasut. Tapi sayang, politik tanah air tetap sama.

Gua nak membincangkan isu profesionalisma sekarang. Tampak saban hari pemain-pemain Malaysia main lebih cerdik berbanding dahulu. Dari segi passing, menggelecek dan shooting yang gua rasa almost perfek serta strategi yang seakan meniru gaya Eropah. Gua tengok pemain-pemain kita lebih matang bermain dan tidak hanya 'long ball dengan penuh gaya rambut berkaler' sahaja yang dipersembahkan. Bagi gua, malam lawan Taiwan itu hari, gua tengok satu show opera dan bukan bola sepak.

Walaupun pemain kita kurang daripada segi fizikal, tapi pada gua, kita dah boleh katakan yang Malaysia sudah sampai kepada satu tahap lagi yang dipanggil profesional. Fizikal kita boleh develop kalau kita makan bayam lebih. Tapi gua tahu satu hari nanti orang Malaysia dah tak macam sekarang dah. Badan semua dah besar-besar rupa Angah Raja Lawak tapi lebih maskular.

Peminat-peminat juga tak kan ada nak main-main laser, mercun ataupun baling-baling botol daripada tingkat atas dah. Menunjukkan sifat profesionalisma yang diterapkan daripada pemain-pemain ke atas peminat-peminat. Bila pemain main macam tahi, mungkin juga peminat juga boleh main tahi ataupun baling baling tahi. Begitu lah sinonim nya. Betapa berpengaruh nya seni bola sepak.

Oleh yang demikian, gua nak mengucapkan semoga berjaya kepada Malaysia dalam cuba melayakkan diri ke Piala Dunia Brazil 2014. Moga Lucas Leiva sendiri kagum dengan kehadiran tampan Safee Sali masa 2014 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan