15 Jun 2011

Jang

Gua baru balik lepak dengan Muska tadi. Pekena teh sambil cerita hal-hal dunia dan terselit isu trend. Kitorang memang dah mula kurang gemar dengan trend trend ni. Orang ni nak naik fixie orang sana nak naik fixie. Orang ni nak main kamera orang sana nak main kamera. Justin Bieber nak pakai Supra semua orang nak pakai Supra. Dah jadi benda selalu. Tak seronok nak tengok.

Terselit juga masa lepak tadi kitorang sembang pasal arwah Jang. Dalam 100% usaha lepak tu, ada lah dalam 90%, kisah Jang sahaja yang kitorang bangkitkan. Bila mana beliau ketawa. Bila mana beliau merungut. Bila mana beliau rebel. Rindu juga hati post-punk gua ni. Dan seperti kebiasaan waktu arwah ada dulu, tempat lepak tu juga yang banyak kitorang habiskan usia muda kami. Berjam-jam lama nya dekat mamak tu. Sama macam apa yang gua dengan Muska buat tadi. Habis 3 gelas teh la jugak.

Muska ada cakap, bila kita tengah ingat kat orang tu bermakna orang tu tengah ingat kat kita. Tapi bagi gua, kitorang akan sentiasa teringat dekat Jang. Kawan macam Jang memang tak kan gua jumpa ganti. Tegas gua cakap, tak kan ada.

Gua nak nangis kejap.

1 ulasan:

  1. tiap inci pergerakan tingkah laku dia tak lekang dari memori aku. u guys such super bestfriend of him..BFFS. bestfriend forever sangat!

    BalasPadam