06 Mei 2011

Possibility Adalah Antara Perkataan Paling Femes Dalam PES 2011

Peratus kemungkinan sekarang ni menghampiri 80% untuk gua kompemkan bahawa henfon gua diambil pencuri.

Adrenalin yang dihasilkan oleh sistem gua menyebabkan gua bertambah resah di mana banyak nombor talipon penting ada di dalam henfon tersebut. Tidak lupa juga terhadap lagu-lagu Correctamundo (yang tak pernah siap) yang direkodkan dan disimpan di dalam memori kad yang datang bersama-sama henfon tu.

Sungguh celaka waktu-waktu exam macam ni pun boleh ada pencuri. Ke pencuri tu dah habis exam? Ke pencuri tu tak takut tuhan?

Nasib baik ada Just Get With It. Kurang sikit resah gua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan