18 Februari 2011

Minggu Tak Ada Peluang Main Futsal Petang-Petang

Sebenarnya gua dah bersedia untuk minggu ni. Gua dah train minda gua untuk ketahanan psikologi dan ketahanan kelopak mata sebab gua tau minggu ni memang sibuk. Terlalu sibuk sehinggakan gua tak sedar yang Arsenal menang lawan Barcelona tempoh hari. Eh? Betul ke menang ni? Betul ke? Gua tak percaya. Gua tak percaya.

Gua juga dah bersedia untuk minggu depan. Di mana minggu nak sibuk sangat ni dah renyai-renyai. Dah tak memerlukan tenaga banyak-banyak. Gua dah boleh conserve energy untuk persediaan turnamen gua nanti. Tapi prektis sampai sekarang haram tak pernah nak ada juga. Atau gua sahaja yang tidak dipanggil datang prektis. Tak kan sebab gua segan nak masuk perbarisan perasmian olimpik antara Kolej itu hari diorang nak pulaukan gua. Gua kena siasat hal macam ni. Mana boleh biar gua dipinggirkan.

Minggu depan gua dah set untuk minggu recovery. Tulang belulang gua dah vibrate secara rima dan sekata. Bahaya kalau dibiarkan. Gua harap minggu depan gua diberi peluang untuk berehat.
Tak sabar nak tunggu minggu depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan