11 Disember 2010

Hanging By A Moment

Segelintir mak ayah tak faham kenapa kita, sebagai warga belia, mewujudkan scene melepak di era 21st century ni. Tak kira lah lepak di mamak ke, dataran, padang, taman permainan, atau pun tepi parit dan sebagainya. Scene melepak memang paling sesuai untuk semua yang purata seusia dengan aku. Lain kalau bagi warga emas, paling kuat pun kat warung layan gusti.

Tadi mak aku bersikap tegas dengan tak nak bagi aku keluar. Tapi sebagai anak bongsu yang kacak dan degil, aku harus memuaskan hati pihak menjemput. Gila. Sembang dengan kawan-kawan dekat mamak lagi berbaloi daripada komen status kat fesbuk. Lebih lebih lagi fesbuk adalah sesuatu yang maya dan bukan secara terus. Tiada eye kontek disitu. Lantas mesej yang disampaikan tidak akan 100% masuk ke otak. Tiada love. We all need love right now as violence is everywhere.

Bagi aku melepak dekat mamak lebih selesa daripada lepak dekat depan rumah. Sebab dekat mamak kita boleh bersembang secara garang dan gentleman. Lain jika sembang dekat depan rumah di mana boleh mewujudkan ketidaktenteraman jiran tetangga. Kat situ dah pun buktikan yang kedua-dua belah pihak boleh jadi tak selesa. Lagi, kat mamak kita bebas untuk membincangkan kebanyakan isu. Jika dekat rumah, kita terbatas dengan budi bahasa dan sopan santun untuk berbicara. Senang cerita nak mencarut tak berapa nak boleh.

Aku tak pernah rasa rugi untuk lepak dengan kawan-kawan. Aku yakin reason paling munasabah untuk aku bagi adalah, diorang kawan. Selain adik beradik, kawan-kawan adalah adik beradik korang. Aku? I have 5 brothers from the same mother and 158 brothers from different mothers but the same blood of Adam (a.s). Siries lah. Aku tak main main. Jadi, sebenarnya scene melepak adalah untuk catch up cerita masing masing di samping mengeratkan silaturrahim. Tak gitu?

Selamat berlepak. Jangan lupa bawak duit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan