09 Disember 2010

Freshies

Aku kalau dah boring, tersangat sangat boring, aku akan keluarkan muka boring aku. Bila aku dah buat muka boring, aku yakin orang lain tak kan boring nak terajang-terajang muka boring aku.

Ok. Cukup cerita boring pasal boring-boring ni.

Ramai yang cakap, bila boring kita nak kena ada buat something yang baru. Yang fresh. Sebab kebiasaannya something fresh ni ada excitement. Bila kita asyik menghadap benda yang sama, kompiter atau fesbuk misalannya, dia masih akan jadi benda yang sama. Dah tak ada excitement kat situ. Dah dissolve dalam jiwa kita yang sentiasa memerlukan something yang baru. Tapi bagi aku, fesbuk ni satu benda yang addictive. Siries tak bohong. Dalam cerita The Social Network pun ada cakap. Ahh! Fuck you kalau kau cakap kau dah boring dengan fesbuk. Lambat laun kau juga yang paling lama bukak.

Aku suka tengok budak-budak kecik yang baru pandai berjalan. Anak buah aku misalannya. Bagi diorang, berjalan adalah satu achievement paling penting dalam menjadi seorang bayi. Development diorang sebenarnya yang sangat fresh. Sebab tu gila excited kalau dapat berjalan. Langgar dinding pun apa kisah. Jatuh tersembam pun apa kisah. Jatuh kebelakang pun apa kisah. Kiranya berjalan ni macam bawak motor tanpa lesen la. Anak buah aku sekali dapat jalan semeter lebih, terus dia rasa nak buat blog. I mean wattahek?

Aku paling nak pergi rasa bunjee jumping, water surfing, jet skiing, parachuting, berlakon, jadi rockstar, tengok konsert The Killers kat europe, belajar piano, pergi Emirates stadium, banana boating, flirting. Semua yang fresh. Siries lah flirting. Aku bukan nya rajin mengorat. Sebab tu mengorat ni something fresh bagi aku. Tapi aku tak nak flirt cara cheap. Aku gentleman.

Besar dunia ni. Tapi aku asyik buat benda sama. Paling selalu aku buat ada lah duduk dekat Putrajaya. Gila boring tahap Proton Saga.

Kalau Putrajaya ada bunjee jumping aku tarik balik kata-kata aku. Tapi tak payah laaa. Jamming pun tak ada. Nak berlagak bandar IT. Go to hell.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan