01 November 2010

Rotten Apple Spoils The Barrel

Bila aku, Nabil dan Ayie nak jamming, jangan harap kitorang nak prektis. Biar macam terabur, asalkan nampak profesional.

Demikianlah kitorang kat Shah Alam itu hari. Ya. Kitorang jamming kat Shah Alam. Jauh memang jauh. Nak nampak profesional punya pasal. Dan. Ye lah. Putrajaya skema. Tak ada tempat jamming. Bangi? Watahel. Drummer aku double pedalist lah.

Lagi pun, we all gotta get out of tempurung sometimes. Asyik Putrajaya je. Nasib baik hari tu dah ke Melaka.

Disebabkan asyik mendap dekat rumah, akibatnya kitorang duduk driving dalam kereta selama 2 jam. Dah macam balik Melaka kan?

Disebabkan Putrajaya dah ditakluk zombie, kitorang putus kata nak lepak dekat Bangsar. Disebabkan kitorang tak berapa nak reti jalan ke Bangsar maka aktiviti driving 2 jam tadi tercetus.

Disebabkan aktiviti 2 jam tadi terhasil, maka kitorang dah lambat nak lepak. Maka, akibat terakhir adalah, banyak kedai dah tutup. Bila banyak kedai dah tutup, back to tempurung lah jawabnya.

Aku tak tau lah apa jenis karma yang kitorang dapat. Dari Shah Alam punya aktiviti, closing dekat Putrajaya jugak. Dan tempat lepak yang sama dengan malam sebelum itu. Oh, kerusi dan meja juga yang sama.

Mungkin ada betul bila pepatah berkata, 'terpijak kulit pisang sendiri, jatuhlah di tempat di mana terpijak kulit pisang itu' atau pun 'Brandon Flowers tak kan perform di Malaysia sebab takut naik kapal terbang'. Bila dah mengembara jauh-jauh, kampung di halaman tak dilupakan. Sama la dengan kes kitorang ni aku agak. Masalah nya kitorang memang nak lupakan kejap kat kampung halaman.

Aku rasa karma kitorang ada sangkut paut dengan mamak ni. Kau tengok muka dia betul-betul.
Kilat semacam. Macam ada bubuh santau. Senyum sinis dia tu lagi gila mencurigakan. Celaka.

1 ulasan: