22 Ogos 2010

Temptations of Azri Helmi

Haus. Tekak Azri Helmi sangat haus. Kering tekak Azri Helmi bagai kemarau sebulan lamanya. Sampaikan nak bercakap pun suara beliau macam suara seksi Tara Reid. Nak bercakap pun payah, apatah lagi nak melakukan kerja-kerja harian seperti mengambil order makanan dan juga menyanyi lagu Sejati, Wings. Haus. Azri Helmi sangat haus.

Godaan untuk meminum air kegemarannya iaitu F&N Strawberry atau dalam bahasa Iran, Fanta Strawberry, sangat tinggi. Lebih-lebih lagi dengan bekerja dikelilingi juadah-juadah sajian segera. Walaupun syaitan laknatullah itu diikat di bulan mulia ini, namun terasa godaan tersebut sangat kuat. Kuat seolah-olah hanya diikat di corner soft drink machine bertempat di bar dan cashier restoran nya. Menggeletar kaki serta meremang bulu tengkuk Azri Helmi menahan godaan. Haus. Azri Helmi sangat haus.

"Aku tak peduli. Ni last!" teriak Azri Helmi. Dalam hati.

Psikologi Azri Helmi tumpas dengan godaan nafsunya. Beliau mengambil sebiji gelas paling besar. Diisinya air Strawberry berkabonat.

Gulp..gulp..gulp..

Namun apabila beliau sedang dalam cubaan untuk tuang puasa, beliau teringatkan pesan ibunya di kampung...

'Ekau kojo kek KL nun jangan dibuek perangai tak senonoh Helmi. Cari rezeki halal. Ingat posan omak ni ha.'

Lantas Azri Helmi terus menyembur keluar air yang diminumnya tadi. Pesan emak di kampung menjadi pelindung daripada melakukan maksiat. Bermakna beliau masih waras dan matang. Beliau masih ingin berpuasa.

Disebabkan kekesalan beliau itu, lantas beliau ingin menebus semula kesilapannya. Azri Helmi terus mengorek tekak dan kerongkong nya dengan jari untuk mengeluar kan air Strawberry berkarbonat yang telah ditelan tadi.

Blueeekkk!!!

Azri Helmi muntah.

* * * * * *

"Kau puasa tak?" Edy Denial.

"Puasa la." tegas Azri Helmi dengan bangga walaupun beliau tak tahu bahawa muntah dengan sengaja juga membatalkan puasa.

Haus. Azri Helmi sangat haus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan