25 Ogos 2010

Template Baru

Gua sangat mengantuk. Tapi gua masih tak nak tidur sebab ego kejantanan gua tercabar. Memang tak muda kalau tidur sekarang. Lebih-lebih lagi bila tau esok tak kerja.

Gua tengah tulis blog sambil ditemani beberapa potong roti john di sebelah kanan dan air ribena di sebelah kiri. Kombinasi yang kurang ngam sebab secara teorinya, roti john lebih enak disajikan bersama-sama air Teh 'O' panas. Air ribena pula tak sesuai kalau buat secara individual sebab rasanya lebih kelat. Seharusnya buat dalam pitcher. Tapi kalau gua buat satu pitcher nanti tak ada orang nak habiskan. Membazir.

Disebabkan gua masih tak puas hati dengan keadaan blog ni, gua buat keputusan untuk rombak balik dan prektis interior design supaya gua boleh jadikan portfolio projek untuk interview kemasukan UiTM nanti. Ya, gua ambil interior design sebagai kos pilihan kedua gua. Masa interview gua nak present blog ni. Gua yakin bulu roma diorang akan meremang bila nampak design gua yang sangat artistik dan bersemangat lantas jadikan gua seorang penuntut UiTM. Daripada UTeM ke UiTM. Tak jauh beza dari segi ejaan. Doa-doakan gua dapat masuk sebab gua dah letih bekerja.

Oh, roti john gua dah habis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan