10 Ogos 2010

Nama Sukor Adan Diberi Bukan Disebabkan Beliau Lahir Di Bulan Ramadhan

Setahun dah berlalu. Berlalunya masa-masa kita tak lekang daripada berjuadah mata, mulut, perut, telinga, tangan dan kaki. Lebih umumnya berjuadah nafsu. Nafsu yang timbul daripada hati. Hati yang diselaputi keladak kotoran. Hati yang bisa tenggelam ke dalam dasar lautan noda dan dosa.

Memang tempohnya setiap tahun akan mengambil setahun. Dan tempoh untuk melalui nya hanya sebulan. Tempoh untuk membersihkan hati daripada terus dicemari dengan kotoran dosa yang kita lakukan sendiri. Berpuasa lah kita dalam sebulan ini demi mencegah daripada hati menjadi hitam. Sehitam kegelapan. Sehitam baju penganut Black Metal. Sehitam legam negro yang bukan beragama Islam.

Bulan Ramadhan bukan setakat anugerah. Bulan Ramadhan juga peluang. Peluang untuk membersihkan diri. Peluang untuk melakukan amal ibadat. Peluang untuk berubah. Juga kegemaran wanita, peluang untuk berdiet. Kalau berdiet sekalipun, juadah berbuka puasa sampai beli 6 batang lemang set, sebungkus air kelapa laut large, 14 jenis kuih dan sebungkus kurma 4 biji, baik lupakan niat nak berdiet. Buang duit dan buang pahala puasa. Pembaziran. Membazir amalan syaitan. Lebih elok jika digari bersama.

Berpuasa tahun ni berbeza dengan pengalaman puasa gua selama 12 tahun. Puasa gua tahun ni akan kerap berada di Nando's dan berbuka sambil menghidang jemaah lain berbuka. Mungkin penat. Mungkin tidak. Kalau nak diikutkan penat, berpuasa sambil tidur seharian juga boleh dikira penat. Cuma berbeza dari segi kiraan pahala. Gua cuma harap gua dapat berpuasa penuh lagi seperti sebelum-sebelum ni disertakan bekerja dalam servis makanan dan minuman. Agak kuat dugaan gua kali ni.

Kepada yang sempat mencuri peluang membaca memo gua ini, gua ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga kita dapat melalui bulan yang mulia ini dengan penuh rasa kudus dan merendah diri. Berpuasa lah kerana Allah. Jangan berpuasa sebab takut mak bapak tak nak bagi duit raya. Selamat berpuasa.

nota-magnet-peti-ais : harap-harap brader brader Nepal satu tempat kerja gua tak datang bawak durian. Dugaan gua paling kuat tu.

1 ulasan:

  1. hahaha..
    anda sesasa adnan mungkin..?
    boleh lah melepasi dugaan tersebut..
    slamat berpuase,slamat berbuke,slamat bersahur~

    BalasPadam