09 Julai 2010

Simpang Siur : Episod - Kuala Kangsar, Food For Our Hearts And Minds.

Dah 2 tahun berlalu peristiwa tu. Walaupun tak berapa nak lama. Tapi bagi gua 2 tahun dah cukup lama nak membuat kan gua lupa kebanyakan benda yang tak sepatutnya dilupakan. Gua perlukan satu trigger atau perangsang sebagai pemangkin untuk minda gua cetus semula sedikit demi sedikit memori yang berterabur sepeti debu halus dalam diri gua. Gua lucky sebab memiliki 3 orang brothers yang sudi menjemput gua untuk bersama-sama mengutip semula serpihan-serpihan memori yang berkeliaran di Kuala Kangsar menunggu saat reput ditelan arus masa. Anas, Apiz dan Alip ber'bin'kan Legendary 0307.

kekananan : Apiz, Anas, Alip, Aaron Ramsey

Dah 2 tahun kitorang declare bye bye kepada Kuala Kangsar. Menjadi seorang Old Boy memang lah satu kemestian untuk kitorang. Balik semula ke Koleq (izinkan gua bahasakan sekolah gua macam ni) memang satu kelebihan. Bukan nya dekat Kuala Kangsar. Kitorang bertolak dari Subang lebih kurang pukul 11 setengah. Campur tolak darab bahagi kitorang berhenti berehat bersama-sama Kinder Bueno, dalam pukul 3 baru sampai lampu trafik ke bandar Kuala. Agak lewat jika ingin bersama-sama cikgu, berkongsi cerita dan pengalaman tentang kehidupan selepas alam persekolahan ni. Namun, tu bukan lah tujuan sebenar kitorang. Ada yang lebih penting dalam ekspedisi kitorang selain melayan cendol sama laksa di Medan Cendol dan Laksa Kuala Kangsar.

Anas dengan sukarela, secara jujur gua cakap, menjadi pilot yang gagah perkasa. Pengangkutan ekspedisi disediakan oleh beliau. Sepanjang perjalanan pergi dan balik serta pause sebentar untuk bersolat dan membuang angin, beliau yang uruskan. Tak pernah berganjak walaupun sedikit daripada posisi tersebut. Tidak terlintas juga untuk mengeluh atau merengek. Gua sendiri yang menjadi penumpang berasa penat. Inikan pula orang yang sentiasa meletakkan kaki di pedal minyak dan sesekali di pedal brek. Sangat gua terhutang budi.

Walaupun segelintir orang berpendapat bahawa terlalu awal untuk kembali ke Koleq dan merasakan ubat rindu itu. Tapi bagi gua, rindu gua tak kan pernah terubat. Tak pernah ada rasa jemu untuk gua menyisip kembali memori memori lama yang tersimpan di Kuala Kangsar. Seronok walaupun kita berceritakan tentang memori yang pahit. Pahit bukan ke ubat. Jika difikirkan semula, yang pahit juga boleh menjadi manis jika disuntik sedikit elemen yang sedap-sedap. Tapi kadang-kadang gua juga bersetuju dengan beberapa pendapat bahawa jika kita pendam rindu tersangat lama, mengubatinya nanti akan menjadi satu kepuasan tak terhingga. Macam juga pepatah omputeh di mana wain yang paling lama adalah wain yang paling sedap. Gua tak minum wain. Menempah nama di neraka kelak.

Kuala Kangsar telah menjadi rumah kedua gua untuk 5 tahun lamanya. Bagi gua pulang ke Kuala Kangsar seperti pulang ke kampung halaman sendiri di mana gua membesar dan belajar erti sebenar kehidupan. Belajar erti hidup bersaudara dan belajar erti hidup bersatu-padu. Brotherhood, satu istilah yang merangkumi semua kisah dan pembelajaran gua dalam sekolah yang berusia itu. Walaupun sudah 2 tahun berlalu, namun brotherhood yang gua alami dahulu, masih gua terasa akan auranya. Walaupun kitorang hidup berjauhan, namun nama-nama penuh serta asal masih teringat dalam otak yang masih muda dan sihat. Walaupun kini berada di merata-rata tempat seluruh dunia, namun semuanya berasal dari satu bumbung yang sama. Satu bumbung yang berusia 100 tahun lamanya. Satu tanah yang berelemen diraja. Kuala Kangsar.

notakecil : pos gua pertama yang berupa empati serta emosional sedikit.

3 ulasan:

  1. yeah...im bert the first commentor...
    not matador...but one of them....
    memories is remain inside...so what is out...???
    this writing....

    BalasPadam
  2. what can i say...this is power of the word from HIM...

    BalasPadam