25 Mei 2010

Taman Bijan (Sesame Street)

Jack masa kecil. Seorang yang pemalu, pandai, comel, rambut paras bahu, manis, kulit kuning langsat dan bertahi lalat di bawah lubang hidung belah kanan.

Kegemaran Jack waktu kecil, dia sangat suka sambal belacan dan menonton Sesame Street. Tiap pagi konfem bangun awal nak tengok cerita berpendidikan yang dianjurkan oleh RTM juga tv pendidikan. Sembahyang subuh masa ni belum reti lagi. Boleh dikira diekskius. Mungkin sebab belum sesuai nak pergi sekolah agama. Mengaji pun baru sampai huruf ba.

Sesame Street itu jam ada 2 versi. Jack suka tonton versi omputeh berbanding ommelayu. Sebab papa dia memang banyak mengajar dia benda-benda dalam bahasa omputeh. Supaya besar nanti tak kekok nak ambik order orang arab kat Nando's. Macam celaka. Oleh yang demikian, tonton lah beliau dalam bahasa inggeris.

Masa tu watak paling king burung besar warna kuning sama gajah berbulu lebat. Asal tengok watak dua ekor haiwan tu keluar, Jack akan menari-nari depan TV. Abang Jack yang sedang bersarapan akan cemburu dan sering kali cuba nak takik tumit kaki atas kepala Jack. Tapi Fahmi selalu cuba mengalah sama adik bongsu nya. Jack juga kadang-kala akan ikut menyanyi seperti mana yang ditayangkan. Seronok betul Jack masa tu sampai tak ingat akhirat.

Satu hari bila Jack dah besar. Beliau dah terlupa atas diri beliau dengan Sesame Street. Bagai kacang lupakan kulit. Beliau sekarang lebih matang. Cerita mengajar mengira sama ABC macam tu dah tak ngam dengan cita rasa beliau yang sekarang lebih ke belajar geometri sama belajar mengira bilangan nombor awek yang dah dikumpul. Jack memang dah berubah. Tak macam dulu yang seronok dan sentiasa tersenyum.

Tapi satu hari beliau secara tiba-tiba teringat akan Elmo yang comel, Big Bird, gajah berbulu kesayangan nya, raksasa biskut, ernie dan bert serta makhluk tong sampah. Beliau sedar akan ikonnya semasa kecil dahulu. Walaupun anak mata beliau tampak yakin dan berwarna hitam keperang-perangan sama seperti Francesc Fabregas, hati beliau terus terasa terusik di kala ini dan merindui zaman kanak-kanak nya. Lalu, beliau terus poskan entri bodoh ni.

???

notakecil : Gua memang fanatik Sesame Street itu jam. Tapi gua baru tau Sesame Street tu Yahudi. Celaka.

2 ulasan:

  1. tak pernah tengok kartun ni, sebab haiwan2 nya besar sangat dan banyak bulu.
    tengok usop sontorian baru patriotik.

    BalasPadam