28 Mei 2010

Sekali Hembus

Hari ni hari akad abang gua yang ke 4. Gua dah mula cuti sejak semalam lagi walaupun gerangan nya bukan gua yang akan berkahwin. Tapi semua memerlukan lebihan tenaga daripada gua. Gua tau la gua kuat.

Tungkus lumus juga gua bersihkan tandas semalam. Tandas dah penuh dengan grafiti tak berseni. Jijik juga orang nak guna. Tandas rosak. Baru semalam dapat repair dan semalam juga gua garas. Naik berotot dah tangan gua. Patut juga gua rasa baju hari ni agak sendat gua pakai. Baru nampak berprotin.

Tengah hari tadi gua tak berpeluang nak sembahyang Jumaat. Tak sempat. Bergerak dari rumah ke Klang dalam pukul 12. Itu pun tak sempat. Banyak juga persinggahan kami orang pergi. Beli buah, beli kek. Semata mata nak complete kan hantaran. Hantaran 11 dulang. Bukan hati nyamuk tak pun hati kuman. Hantaran standard standard. Ingat senang ke nak bedah nyamuk.

Majlis berlangsung kat Kg.Sijangkang. Founder dia memang nama Jangkang gua agak. Itu jam gua syak Jangkang ni femes tak ingat macam Didier Drogba. Cuma masa tu bola sepak tak wujud lagi. Sukan mengelak hujan anak panah dah ada. Kami orang tiba kat rumah belah kakak ipar gua dalam pukul 3 setengah. Tok imam dah tiba. Rakus betul. Abang gua dah agak nebes dalam cara gua tengok beliau lap lap peluh. Peluh dingin orang orang tua cakap. Gua dalam acara ni dapat watak fotografer tak berlesen. Gua mana reti tangkap gambar guna DSLR abang gua. Sikit sikit tu boleh lah.

Abang gua ambik tempat beliau atas kusyen gedabak. Masa ni wali pun dah malas nak buang buang masa. Suara dia pun dah rupa Bandi Amuk. Sakit tekak kata nya. Khutbah pun tak sembang. Direct ambik lafaz akad lepas sembang sikit sebanyak. Abang gua memang dah start hilang nebes itu jam. Fuuhh. Gua hembus doa gua kat muka beliau. Sekali lafaz abang gua dah ijab kabul. Abang gua memang Power Rangers.

Perkara kahwin ni memang tak sama langsung dengan masa kita main kahwin-kahwin masa kecik dulu. Kahwin ni perkara siries. Bukan main main. Lepas dah sarung cincin, kucup dahi, salam tangan, padam inai, termeterai lah perjanjian sehidup semati dua merpati sejoli. Sehidup semati tau. Bukan takat kerat jalan dah cerai. Cerai pulak tak sama langsung dengan break masa kapel kapel. Itu hari kawan gua ada pos kan hadis kat fesbuk

"Perkara halal yang dimurkai Allah, adalah cerai."


Lebih kurang macam tu. Kesimpulannya, gua nak pikir dulu esok esok nak kawin ke tak. Dah 3 orang sarung cincin. 3 je lagi yang belum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan