05 Mei 2010

Puak Kiri Puak Kanan

Ok. Sekarang gua berada tepat di posisi tengah-tengah. Gua boleh dikenali sebagai orang tengah sekarang. Juga boleh dikenali sebagai midfielder atau pun Francesc Fabregas. Sori sori. Gua terlajak kata.

Gua cuba nak berbaik dengan semua orang. Tapi ada kalanya tak boleh juga kalau kita ni baik sangat. Gua memang tak boleh nak bersikap anti. Sebab natural gua memang jenis menjaga hati. Gua naturally memang tak reti nak sakitkan hati orang. Orang sakitkan hati gua banyak. Tapi gua hati kering. Jentelman kata barat. !@#$%^ kata Jepun.

Sekarang ni, dua dua puak tengah bertengkar secara umpatan. Gua sesekali menjadi mangsa pendengar yang setia. Gua tak kan cakap apa. Gua senyap dan sesekali ketawa kecil dan tersenyum lebar sahaja. Gua tak nak masuk campur sebab gua syak nanti gua akan jadi anti kepada sesiapa. Tak kira sama ada puak berhaluan kiri atau puak berhaluan kanan. Dua dua tengah anggap gua supporters diorang. Ptuih! Baik gua support team bola lisut Malaysia.

Disebabkan gua nak bertahan lama. Gua terpaksa layan segala karenah yang timbul. Gua tak nak heboh heboh kan apa apa. Gua bukan batu yang berapi. Gua hanya seorang yang neutral. pH gua tepat tepat 7. Tiada kena mengena dengan pH 5.5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan