02 Mei 2010

Program Juara Rakyat

Apa kejadah entah program yang komuniti area gua buat ni. Gua pun tak berapa nak paham. Nama program juara. Apa yang juara gua pun tak tau. Bukan ada pertandingan bola lisut pun. Nak juara apa? Yang ada gua tengok pun ceramah, pertandingan mewarna, forum gua syak ada juga, sukanekan dan yang paling juara sekali wayang pacak. Ok lah. Wayang pacak je lah paling juara kot.

Tapi ni semua propaganda politik. Gua dah bilang awal-awal. Gua memang tak king dalam politik. Gua tak suka benda-benda macam ni. Gua syak politik punya hal sebab ada kanvas tulis ahli parlimen Barisan Nasional Putrajaya. Tak lain tak bukan mesti Tengku Adnan punya pasal. Alih-alih geng bola gua terbantut nak buat sesi latihan tengah malam sebab ada khemah. Kelakar juga program juara macam ni.

Gua dalam perjalanan pulang ke rumah bila gua terserempak dengan sesi wayang pacak. Dah mula. Gua bercadang nak jenguk-jenguk kot kot cerita Iron Man 2 yang diorang tayang. Paling kuat pun cerita Godfather ke. Ada juga unsur politik. Boleh gua singgah layan. Gua cuba cari seat. Gua tak jumpa. Gua try berdiri. Gua try tengok. Huh. Gua terus cabut lari balik rumah. Menyesal gua.

Gua bukak tv. Gua tengok astro tak ada siaran. Gua lupa. Mak gua tak bayar lagi. Baru gua berhajat nak layan bola supaya kehampaan gua sebentar tadi hilang. Gua terus bukak komputer abang gua, gua layan cerita Van Wilder. Lagi seronok daripada gua layan cerita Senario Beach Boys. Propaganda politik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan