Walaupun view tak berapa nak cantik dalam tu sebab gua duduk tak kena posisi, gua terpaksa tengok juga sebab seat lain dah full. Malam tu semua free seating. Tak ada booking-booking macam dalam panggung. Patut la pada asalnya Maskara ni nak kena buat kat luar. Diorang yakin ramai yang datang. Sistematik dan produktif..
Gua dah tak sabar gila waktu tu. Gua tak pernah tengok direktor-direktor tak ternama buat clip sendiri dengan bajet murah. Walaupun bajet murah, tapi gua yakin cerita-cerita yang dihasilkan kompem sangat berseni. Anak muda Malaysia. Nak bikin seni bagi diorang tak lah susah sangat. Cuba tengok cerita Bohsia. Tak ke hebat tu. Pandai memainkan hati dan perasaan penonton sampai gua sendiri pun naik menirap serta menyampah bila dengar orang yang pernah tengok buat review kat gua.
Setelah beberapa clip ditayangkan, scene Maskara Shorties kembali ke 'open air' semula sebab hujan dah berenti serta ramai yang tercungap-cungap memerlukan oksigen akibat terlampau sempit dan hamis. Gua bersama rakan-rakan lincah-lincah bangun dan beredar mengambil tempat.
Clip-clip ditayangkan semula dan berbagai cerita menarik telah menarik perhatian penonton. Lebih-lebih lagi cerita Buaya Darat, Pintu, Benting iaitu entri dari Indon dan macam-macam lagi. Gua sangat tertarik dengan cerita Pintu. Cerita yang sangat simple dengan mesej untuk kaum-kaum ibu yang sangat mendalam. Kalaulah gua ni ibu. Menangis juga rasanya. Ni yang buatkan gua rindu kat Puan Zaiton ni.
Clip terakhir adalah lebih kurang pada jam 12 setengah tengah malam. Clip yang ke-20. Memang puas. Gua dah jadi tak kisah dengan EPL. Arsenal menang pun gua tak kisah sebab memang dah biasa. Gua rasa macam nak pergi guling-guling hindustan je. Puas sangat macam baru lepas kena rotan sebab tak turun subuh. Tapi keadaan puas bertambah semakin puas bila masing-masing berpakat nak terjah seorang brader blogger terkenal. Kitorang nak terjah Pipiyapong sebab nak tangkap gambar dengan beliau. Setelah 'hudle' beberapa kali, masing-masing setuju bahawa budak KISAS (tanpa sebab) yang sepatutnya tegur brader tu dan mintak izin tangkap gambar ramai-ramai dengan beliau sebagai VIP. Macam mana pun, artis mesti layan peminat. Beliau setuju.
Setelah beredar dari Rumah Pena, kitorang terus bergerak menuju ke kedai makan. Tiada sebab nak tengok Manchester main, masing-masing lapar. Ye lah. Mesti tak sengaja tengok match Manchester masa tu. Restoran mana yang tak pasang EPL. Kitorang lincah-lincah makan sebab masa tu jam pun dah dekat pukul 2. Kalau boleh tak nak balik Melaka esok sebab dah nak periksa. Buku tak bukak lagi. Nak bukak buku 'blook' lagi. Apa jadah?
Konklusi nya, gua bersama rakan-rakan tak rasa menyesal langsung pergi KL sabtu lepas. Mael lagi lah. Dengan dompet baru hilang. IC pun tak ada. Kalau kena tahan dengan imigresen masa tu. Macam mana nak buat. Nasib baik beliau tiada rupa asing masa tu. Esen nya apatah lagi. Sebijik macam budak urban. Dressing..kemas!! Kitorang sebenarnya hanya lah orang biasa yang mahu sentuhan seni berpucuk dalam diri sebab tak ada punca yang boleh tumbuhkan seni tu. Terima kasih Maskara Shorties.
ape pasal gua macam budak urban? celaka..
BalasPadam