01 November 2009

Ekspedisi ke Rumah Pena Bab 1

Perjalanan kitorang ke Kuala Lumpur bermula pada jam lebih kurang 3.30 petang. Dengan bermodalkan Kancil EVO 3i kepunyaan budak KISAS bersama-sama beliau bertindak sebagai pemandu, kitorang terus gerak menuju ke Rumah Pena.

Berpusing-pusing kitorang kat kota metropolitan Kuala Lumpur. Nak cari Rumah Pena bukan nya senang. Dengar-dengar saja, lalu tak pernah. Gua dah naik pening. Boleh pulak sekroni kereta ajak bukak tingkap ditengah-tengah kesesakan lalu lintas tu. “Jimat minyak sikit..” cadangan beliau. Gua lagi la tak boleh tahan. Dengan panas asap kenderaan tambahan bau dan bising bunyi motor-motor. Juga awek-awek yang lalu-lalang bersama balaknya yang tak sepadan (Menirap gila). Betambah pusingan la kepala otak gua ni.

Setelah bersabar selama beberapa minit, akhirnya kitorang jumpa jugak Rumah Pena yang terletak sebelah Rumah Gapena berhadapan dengan bangunan MAA.

"Nak parking mana ni??"

"Kat dalam entri tulis parking dekat MAA.."

"Gila apa..parking MAA RM10 sial.."

Sebenarnya kitorang tersalah sangka..bukannya kat MAA tapi kat tepi bangunan MAA. Kalau parking kat MAA pakai kereta Kancil dah kena RM10, cuba kalau pakai kereta lembu pulak. Berapa la agak-agaknya kena bayar nanti. Mmm..kereta kebal diorang tak terima pulak. Atas dasar keselamatan katanya. Boleh percaya ke?? Huh. Kitorang siap-siap apa yang patut pastu terus gerak ke pintu hadapan Rumah Pena..

Bersambung...

5 ulasan:

  1. memang mencabar perjalanan korang. soljah salut kamu semua :)

    BalasPadam
  2. Salaam tuan tanah & suma,

    klik & tonton filem saya kat sini:

    KAKMIN oleh AJAMI HASHIM

    [IKLAN]
    juga tonton cerekarama TUNJANG SA'ADAH skrip saya punyer pada Sabtu, 14 Nov, 10mlm @ TV3! wohohoo!

    p/s: kelakar sey entri kamu nih! i likeee! :-)

    BalasPadam
  3. Brader Op : Terima kasih..ada event lagi bagitau..Satu melaka turun..

    Ayie : Member mane yie?? ada 4 orang lg dlm tu..Afiq ko kenal ah..

    Brader Ajami Hashim : Terima kasih di atas info yang diberikan..maju anak seni semua untuk Malaysia!! Saya dah tengok cerita tu..tersentuh hati dan terasa kehilangan..

    BalasPadam
  4. mcm Jemapoh nak ke Masjeste pulak.

    salah eja kot.

    BalasPadam