Cerita masa gua form 1 dulu. Mak gua selalu belikan gua biskut. Mak gua memang peminat biskut agaknya sampai beliau sanggup belikan satu tin besar yang harganya RM25 untuk gua makan. Gua malas nak banyak bunyik. Nanti marah pulak beliau nanti. Risaukan anaknya kurus sangat agaknya. Tapi makan biskut boleh ke jadi gemok? Gua dapat tau kalau makan biskut boleh jadi kuat dan laju macam iklan biskuat Harimau tu. Betul ke?
Gua kalau makan biskut memang selalunya senyap-senyap. Gua malas nak kecoh-kecoh. Dorm gua ada dekat 20 orang. Kalau gua kecoh tak ke ramai yang beratur depan locker gua. Macam mana gua nak jadi kuat dan laju. Tapi gua tak sekejam tu. Kadang-kadang gua jual jugak kat diorang. Tapi macam haram tak laku! Nak biskut Oreo celup-celup je yang diorang tau. Cilakak!
Disebabkan gua rasa semacam. Gua tengok ramai budak tak nak layan gua makan biskut. Diorang pulaukan gua agaknya sebab kedekut biskut. Gua ambik tindakan bahawa gua akan berkongsi biskut dengan diorang.
Gua buat pengumuman penting sambil berdiri atas katil dabel deker gua. "Siapa nak biskuat free!!" Fuh!! Berpusu-pusu yang datang. Perkataan free ni memang sensitif betul kat batch gua. Tak rukun negara langsung.
Gua bukak je tin biskut gua. Ramai dah yang tak sabar. Ada jugak yang berpeluh-peluh menunggu. Ada yang siap meraung-raung macam kena rasuk. Yang belakang tu apa hal pulak nak bergaduh sebab main cilok-cilok line? Gua tutup balik tin biskut ni karang.
Eh??? Gua nampak sesuatu mencurigakan. Gua buat pengumuman lagi sekali. "Er..mintak maaf semua. Sila balik ke tempat masing-masing sebab biskut gua telah dikendurikan oleh haiwan rajin-rajin. Semut.." Gua terus dengar perkataan tak senonoh selama 2-3 minit.
Lain bulan mak gua datang hantar biskut lagi. 3 hari 3 malam kitorang kenduri. Semua orang jadi laju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan