Lama juga tak menulis. Tak berimaginasi. Jadi sakai.
Baru-baru ni aku ada baca satu buku. Buku yang diberi judul #projekbuku. Yang di mana kebiasaannya buku-buku alternatif sebegini dijual di acara-acara bawah tanah (underground). Acara-acara seni. Bazar bazar remaja. Pesta-pesta belia. Tapi kali ni aku baca ikut kompiter. Download. Buku tu pun free je sebenarnya. Tak perlu bayaran. Sebab idea itu percuma. Bagus betul. Kalau aku print sendiri lepas tu jual mesti jadi tak laku. Sebab benda percuma. Malahan mungkin aku boleh disaman.
Aku malas nak cerita pasal buku tu. Takut aku dituduh spoiler. Best buku tu. Rugi tak baca benda free. Surat khabar yang dipenuhi propaganda politik sedunia ni pun sanggup beli dan baca kan.
Tadi aku baru pergi mengeteh sama Hairil dengan Jahar dekat Kamal's Corner. Ya, mamak. Kenapa nama mamak dia tak ada 'Din' dekat belakang mungkin sebab kelainan. Orang hipster suka sebut 'rare'. Serupa gampang. Apa entah yang rare nama mamak tak ada 'Din' di belakang. Tak konservatif langsung. Kitorang duduk dekat corner luar dekat Kamal's Corner tu. Ambik angin luar dan jauh sedikit daripada bahang kuali leper roti canai. Aku order teh tarik, tak makan. Jahar order Naan Cheese sempena gaji. Hairil order ais kosong sama roti kosong sempena duit kocek tinggal RM2.
Perkara yang kitorang bincangkan bukan politikal. Bukan sosial. Bukan keagamaan. Tapi dalam perbincangan tu terdapat ketiga-ketiga tesebut. Diselitkan juga sekali-sekala perkara feminisme tatkala ada sekelompok awek lalu. Dan kadang-kadang daripada cerita kongsian Jahar.
Yang aku dapat rumus kan, perkara utama kitorang bincangkan adalah idea dan inspirasi.Sepanjang-panjang 3 jam sesi forum tu, bincang pasal macam mana nak yakin kan pengurusan fakulti kitorang untuk meluluskan cadangan acara seni yang bakal kitorang lakukan.
"...kena bagi budak asah bakat. Baru budak boleh jadi kritis dan kreatif. Baru budak boleh ada inspirasi nak cetus idea..." Jahar berpidato.
"...ingat budak boleh jadi bos besar ke kalau belajar ikut buku je. Kalau jadi bos mesti ada bos yang lagi bos daripada dia. Bila nak jadi kaya hari-hari Hari Raya kalau macam tu..." sambung beliau lagi.
"...aku terfikir banyak idea. Ni semua gara-gara prektikal..." Jahar berkonklusi.
"...Spiderman keluar tahun ni ada banyak orang jahat. 4 orang kesemuanya. Tapi aku lebih minat kalau Tobey Maguire yang bawak watak..." idea Hairil.
Banyak benda betul dalam propaganda kitorang bawak malam tadi. Aku mengaku. Budak tak tercetus idea mungkin daripada banyak faktor. Tapi dalam situasi kitorang sekarang ni, tak sepatut nya jadi.
Kami budak arkitek yang ruji nya hari-hari harus dicurahkan inpirasi untuk trigger idea yang gila. Tak semua budak boleh jadi gila senang-senang. Lebih-lebih lagi bila asyik disuruh ikut buku. Sampai bila pun akan jadi lurus. Idea budak adalah sesuatu yang orang tua susah nak terfikir. Kenapa harus ditolak idea budak tu. Sepatutnya lebih menggilakan idea tersebut. Bukan diubah secara seratus peratus.
Idea kan percuma. Tapi bagi setiap yang mencurah kan idea adalah sangat berharga. Gila apa kau tolak benda berharga yang diberi percuma. Egois betul. Benci aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan