bukan salah safiya, baju safiya comot sebab tertumpah susu pedisure coklat. salah mama sebab belikan safiya baju warna cerah.
bukan
salah safiya, hidung berkerak dengan hingus kering. salah mama sebab
sibuk jaga adik-adik kembar, mama tak sempat nak bersihkan safiya.
bukan
salah safiya, kalau budak lain ejek safiya tak cantik. salah mama sebab
mama sendiri pun tak cantik nak anugerahkan genetik cantik pada safiya.
hati
mama hancur bila budak- budak lain taknak main dengan safiya sebab
safiya comot, berhingus dan tak cantik. air mata mama bergenang bila
mereka ejek-ejek safiya. mama rasa nak kerat-kerat je lidah mereka, tapi
mereka tu budak sama macam safiya yang tak tahu mana betul mana salah.
kalau
mama mampu, memang mama nak lindungi safiya sampai bila-bila. tapi mama
tahu tu semua mustahil. takkan mama nak ikut safiya pergi school. mama
nak homeschool safiya pun takat manalah pengetahuan mama ni.
budak
perempuan ni kan safiya, lagi kejam dari budak lelaki. budak lelaki tak
kira background apa, sama-sama suka bola dah boleh geng. sama-sama suka
skateboard dah boleh lepak. sama-sama suka justin bieber, dah boleh
kamcing.
orang perempuan ni lain safiya. diaorang akan benci
safiya sebab kurus. mengata bila gemuk. mengumpat bila pandai. menghina
bila bodoh. mencaci bila gelap. menggedik bila putih. pendek kata ada
aja yang tak kena.
diaorang akan berjanji menjadi sahabat sejati
tapi bila tergigit lidah sikit, habis semua rahsia safiya akan dijaja ke
sana ke mari.
pesan mama, janganlah safiya jemur baju kotor di
laman. cucilah dulu sampai hilang warna. cuci guna febreeze biar wangi
sikit. barulah jemur dekat ampaian. tapi berselindunglah sikit, nanti
orang kata safiya berlagak pulak. kerana baju dibeli kat giant disangka
beli dekat prada.
kalau boleh, mama taknak hati safiya hancur
disebabkan cinta. cinta ni ada macam-macam, ada indah, ada buta, ada
hitam. ada yang sanggup menjaja cinta. nauzibillah, jauhilah safiya dari
semua yang negatif tu.
ada sebab mama dengan baba namakan
safiya, zuhri safiya. semoga safiya jadi sahabat yang cantik. bukan
cantik luaran tapi cantik dalaman.
kalau budak yang ejek safiya
tu kenal safiya. mesti dia nampak yang anak mama ni baik dan cantik
macam bidadari. safiya pandai share toys safiya tanpa disuruh. kalau
safiya ada dua biji epal, mesti lagi sebiji tu safiya bagi kawan makan.
cuma
mama tak kenan yang safiya ni susah benar nak salam orang. tak bolehlah
macam tu. orang yang kafir dan berbangsa penjajah pun pandai hormatkan
orang. inikan kita berbudaya timur dan beragama islam.
kuatkan
hati, kuatkan iman. biarlah apa orang nak kata pasal safiya, janji
safiya buat benda yang betul di jalan Allah. jangan jadi macam mama,
yang kadang-kadang cepat menghukum orang yang mengata pasal safiya.
safiya maafkanlah mereka yang menyakiti safiya dan berserah pada Allah untuk memujuk hati safiya yang terguris tu.
inshaa
Allah kalau umur mama panjang, mama akan cuba didik safiya jadi wanita
yang baik hatinya. ingatlah safiya yang dunia ni umpama neraka untuk
mereka yang hafiz dan hafizah. mama taknak safiya terpesong sebagaimana
mama terpesong dulu.
biarlah orang mengata kita safiya. ekzos kereta pun tak boleh nak ditutup inikan mulut orang.
kalau
umur mama tak panjang. satu je permintaan mama. supaya safiya sayangkan
makna. jagalah dia, lindungilah dia, belailah dia dengan penuh kasih
sayang. makna tu makcik safiya yang paling istimewa.
redha
grandma kalau anak-anak dia layan makna dengan baik. biarlah jadi redha
mama yang safiya sudi jaga makna kalau mama dah takde lagi.
mama
sayang sangat safiya. biarlah berhingus, comot dan masam. biarlah tak
cantik, tak comel dan tak hensem. safiya sentiasa jadi bidadari mama.
ikhlas dari mama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan