14 Julai 2012

Aduan Rakyat Seni

Sejak kebelakangan ni aku perasan dekat kehidupan blog yang aku duduki ni, dah kurang benda-benda seni. Biasa tu Pipi, Dila Raden, Sinaganaga rajin juga nak post cerita-cerita menarik walaupun kurang berilmiah tapi berseni. Blog Sembang Kencang je la kadang-kadang berilmiah sikit sembang pasal Takaful. Aku pun dah jadi terpengaruh nak pasang Takaful besar nanti.

Tapi daripada hasil nukilan seni yang diorang tuliskan tu, sedikit-sebanyak ada juga seni yang diorang suntikkan ke jiwa masyarakat. Wujud lah pop-culture tu walaupun tak segah mana. Dapat juga masyarakat berfalsafah dan berideologi.

Kadang-kadang orang macam ni la penting untuk kita punya cognitive development. Berfikiran lebih ke 2 3 idea instead of 1. Daripada 2 3 idea jadi lah nanti 2 3 cara. Daripada situ terhasil la 23 buah keputusan. Nampak tak penting seni tu?

Aku sembang sebagai penglibat seni, lebih kan ke architecture, sememang nya memerlukan suntikan seni tu tiap-tiap hari.  Sebab itu aku mengadu sekarang ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan