12 April 2012

Epilog Arkitek In The Making

Tetateta. Tetateta.Tetateta. Screeeeeeechhh...

Aku terjaga daripada tidur. Bunyi komuter yang lalu lalang atas landasan di Padang Jawa sering kali membangkitkan aku daripada lena bermimpi. Di samping Herel yang sibuk melolong dalam tandas menyanyikan lagu Bayangan Gurauan, sedikit sebanyak mengganggu tidur aku pagi itu. Aku bangkit diiringi muka yang ketat.

"Good morningggg!"

Ucap Herel sewaktu berselisih dengan nya di hall way. Annoying betul kucing gemuk ni.

Aku berdiri termenung sambil menggarukan belakang badan aku di ruang tamu. Mata aku masih terkatup tapi aku cautious untuk bergerak. Lalu aku buat sedikit stretching disertakan push-up sebanyak 50 kali dan terus memaksa diri aku untuk berlaku segar. Ok aku tipu. Push-up 10 je.

Selesai urusan jasmani, aku segera ke tempat mandian untuk membersihkan diri. Aku paksa mandi wajib sebab aku bukan ingat apa aku mimpi malam tadi. Barangkali Zoey Deschannel datang ke mimpi aku. Rezeki aku siapa tahu. Tak salah pun kalau tidak berhadas kita bermandi wajib.

Selesai mandi, aku berwangi-wangian dan mengenakan kemeja-T berwarna biru gelap yang aku beli di Brands Outlet awal semester dulu. Tampak segak walaupun baju tak bergosok. Mungkin tak apa kerana baju berwarna gelap. Tidak begitu ketara untuk disaksikan mata kasar para chicas.

"Siap dah?" Herel muncul di depan pintu bilik beliau. Baju nya berwarna cokelat muda. Gaya seperti seorang renjer hutan.

"Dah," jawab aku lantas mencapai beg galas dan segera keluar daripada rumah.

"Oh, kejap! Kunci kereta," alpa Herel kunci kereta yang tertinggal di atas meja.

Aku menekan butang lif menghala ke atas. Elementary, apartment yang aku duduki ni, jika ingin ke bawah harus ditekan ke atas. Jika ingin ke atas pula aku tak pernah tekan kerana aku pun duduk di tingkat 16. Kedua yang paling atas. Tiada apa yang perlu aku cari di tingkat 17. Jadi aku hanya kerap ke bawah dengan menekan butang yang menghala ke atas. Mohon jangan pening.

Lif yang lembab mencuri masa kami sebanyak 3 minit setengah.

"Breakfast? Kedai biru?" soal Herel.

"Bungkus je kot. Takut lambat," cadang aku.

Aku mengambil bihun goreng sama seketul sosej pagi tu. Aku bungkuskan rapi dalam bekas polisterin yang sebenarnya aku tak pernah suka sejak dulu lagi. Aku lebih suka jika dibungkuskan ke dalam kertas surat khabar beralaskan daun pisang. Lebih klasik. Lebih tampak mengiurkan. Aku sememangnya meminati benda-benda klasik. Kerana klasik itu lebih estetik dan tiada bahan kimia. Tak seperti bekas polisterin.

Selesai membuat bayaran, aku melangkah ke arah kereta Savvy merah kepunyaan Herel. Herel telah pun menunggu aku di dalam kereta. Enjin kereta telah pun beliau panaskan demi mendapat kualiti pemanduan yang sihat. Aku duduk di sebelah pemandu selaku co-pilot.

Tretttt. Trettttt. Nada dering sms henfon aku berbunyi.

Dengan cermat aku memasukkan kod keypad lock dan menekan punat tengah. Aku membuka inbox. Satu mesej ringkas aku terima.

Kelas Encik Salmizi batal. Terima kasih.

Aku balas sms tersebut.

Lain kali bagitau waktu Zohor kang. Terima kasih banyak-banyak.

Aku campak henfon keluar tingkap dan terus menyantap bihun goreng di kedai biru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan