19 Mac 2012

Happy Double Twos

Mengenangkan umur aku yang kian meningkat, aku lebih mengenangkan nasib dunia yang kian tak sihat. Hal ni berlaku waktu aku ralit mendukung anak buah aku nombor 3.

Setahu aku, awal Mac yang lalu anak buah aku sememangnya tak sihat. Sekarang dah pun 2 minggu tapi bila aku dukung anak buah aku, ketiak dia masih terasa panas. Umpama demam yang dia dapat dulu tu tak surut.

"Aik? Tak sihat-sihat lagi ke Daniel ni Abang Joe?" tanya aku kepada abang nombor 4 aku.

"Eh. Dulu sihat dah. Ni demam balik ni," jawab beliau.

Lepas tu aku terus tenung Daniel lama-lama. Aku terus terfikir, belum masa depan lagi. Masa kini pun dah tak sihat. Masa depan macam mana pulak nasib ecosystem ni. Kesian Daniel dengan kawan-kawan dia nanti.

Kalau difikirkan, memang aku macam over reacted. Tapi kalau difikirkan elok-elok, ada benar dia. Memang benda macam ni dah para pekaji predicted. Tak boleh nak diubah. Tapi tak bermaksud tak boleh dihentikan. Kesian la kepada anak-anak generasi kita yang mungkin pada masa depan, nak main pasir kat luar pun tak mampu sebab mudah untuk mendapat penyakit.

Aku je yang sedar. Tak ada guna juga.

Aku alih la topik besday aku pulak. Cerita banyak pun bukan ada yang kisah. Di kesempatan ini aku nak wish terima kasih dekat fesbuk kerana sudi mengingatkan orang ramai pasal hari lahir aku. Tanpa fesbuk, tak dapat la merasa femes sehari. Kepada yang aku terlepas nak ucap terima kasih kat fesbuk, aku rasa ucap kat sini tak salah kot. Sebab ramai sangat yang ucap sana. Juling mata aku. Terima kasih la korang sebab mengingatkan aku yang aku dah tua.

Hari jadi orang lain nanti aku ingatkan balik.

22 sudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan