26 Ogos 2011

Diari Puasa 2011 : Puasa Yang ke-2?? Argghh!! Miscounted.

Gua dah tak ambil peduli bilangan hari yang dah gua tunaikan untuk puasa. Disebabkan hal bilangan hari berpuasa ni gua dah tolak tepi, lantas Aidilfitri nanti pun gua tak ambil hirau jatuh hari apa. Lantas nak duduk depan tv tengok pengumuman raya pun gua dah tak berminat.

Cuma Aidilfitri nanti gua nak tunaikan solat Aidilfitri sama upacara salam-salam sahaja yang gua dah bubuh memo dalam henset. Makan-makan pun gua tolak tepi. Jangan ajak la gua pergi rumah Achik sama Mak Uda. Memeberontak juga nanti. Melainkan ada ketupat palas. Irresistible.

Baju raya apa pun gua tak beli lagi ni. Kuih raya, jam raya, tali pinggang raya, dompet raya, kasut raya, kereta raya, songkok raya, semua gua tak beli. Kad raya sama ucapan raya pun gua tak hantar. Menunjukkan betapa tak hirau nya gua pasal Aidilfitri tahun ni.

Lu tanya kenapa gua tak hirau kan pasal raya?

Sebab raya tahun ni gua kena kerja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan