21 Julai 2011

Rumah

Berat hati gua nak menulis ni. Sejak berkecimpung dalam arena bola sepak, gua lebih giat berusaha untuk menjadi legend. Sipolan mana lah cipta Becoming A Legend ni. Kalau gua jumpa mau kena paranawei juga dia ni.

Sekarang ni gua ada masalah. Disebabkan semester lepas gua tergolong dalam golongan yang tak ikut disiplin asrama, gua telah dinobatkan untuk tidak memiliki katil dabel deker semester hadapan. Dan lebih beruntung nya, lepas ni gua tak kan ada perintah berkurung lagi. Gua akan duduk rumah sewa.

Ciri-ciri rumah sewa idaman gua tak lah segah mana. Asal dibekalkan peti ais, dapur masak sama mesin basuh sudah memadai untuk gua hidup dengan selesa. Dan fahami lah walaupun perabot tak lengkap dalam rumah, jangan harap dapat rumah sewa murah-murah dekat Shah Alam ni. Paling kodi pun seribu sebulan. Belum kira bil air sama bil api. Buat nya housemate pasang astro. Macam mana nak makan nasi?

Sekarang ni gua tengah ada masalah cari housemate. Misalannya duit sewa rumah seribu sebulan, dan dalam rumah boleh memuatkan dalam 10 orang, seorang kena bayar kalau gua tak salah lah, seratus ringgit. Beban tu jadi kurang sedikit. Tapi masalah dia sekarang, housemate yang dah konfem ada 6 orang. Duit kena bayar seorang dalam 167 ringgit. Gila apa 167 ringgit? 167 ringgit tu kalau gua simpan elok-elok untuk 5 tahun, gua boleh pergi haji tahu?

Ok. Mana gua nak culik lagi 4 orang tu?

Antara teori yang gua rasa boleh pikirkan sekarang ni, gua kena cari member lain yang tak kira sifat, umur, perangai dan jenis muzik diminati. Gua juga tak boleh memilih sangat dalam keadaan macam ni. Perokok, pencopek, peminum, pemalas, penagih semua kena tolak tepi dulu. Yang penting deme ni ada duit nak bayar bulan-bulan dan sanggup kena pukul kalau tak reti nak bayar. Jenis macam ni kita boleh buat kira.

Sekarang gua kena pikir header untuk buat poster cari housemate. Kena ada ayat meletup baru orang tertarik. Harap gua boleh survive untuk satu semester lagi. Semester hadapan kita pikir lain. Sebab gua dengar Kondo siap semester depan. Keh keh keh.

nota-magnet-refrigerator : terdetik nak tulis pasal rumah sebab baru lepas baca blog horas-harahap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan