20 Mei 2011

Tolong Kepala Bana Kau

Antara umur dengan pangkat senioriti, gua lebih utamakan umur. Tapi pada masa yang sama gua masih respek kepada orang yang berpangkat senior. Dia kira macam tu la, saling hormat menghormati. Tapi bila gua rasa macam ada palat, mana pergi respek tu? Respek tu hilang kepada palat yang buat palat kat gua tu. Jap jap. Bukan gua sahaja, kepada kelompok gua. Gua mesti la backing kelompok gua.

Masa darjah 6, ustaz gua selaku guru penasihat badan pengawas, Ustaz Kamis, ada pernah bagitau dan nasihat, "kalau nak tegur orang, kita tengok diri kita dulu dan tegur diri sendiri dulu supaya bila kita tegur orang yang buat silap tu, dia tak rasa nak tembak kita balik." Apa bodoh kalau tegur orang, sendiri pun tak berapa nak betul. Mana nak gain respek daripada situ bukan? Sama jugak kalau dalam kes mintak tolong. Macam manager gua pernah cerita, kalau kita suruh orang buat kerja tapi kita tak buat, apa gila orang tu nak buat? Kan kan? Dia kira macam pemimpin corrupted la macam ni.

Maka nasihat gua kepada para pemimpin di luar sana, bila kita nak mintak orang respek kita, eh bukan, kalau kita nak gain respek orang, nilai balik cara kita. Memang tak dinafikan bahawa ada style leadership yang aristokrat, err err diktator, tapi pikir balik efisyen ke tak cara tu. Gua mengaku bukan semua orang boleh jadi seorang leader yang perfek. Tapi seorang boleh jadi leader yang bagus bila dia boleh lead diri dia dengan baik. Boleh ke kita jadi aristokrat kat diri sendiri? Boleh? Ce cuba. Ce cuba.

Dan dengan ini, gua terasa cuti ni nak pergi setiap bundle yang ada di Malaysia. Gua nak beli dokmat. Agak-agak leader ni masih sebangang ni pada semester depan, dokmat cherry red gua bagi makan. Gua lagi tua la. Hormat sikit pada yang tua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan