25 April 2011

Pehhhhh

Gua tak pernah nak hargai dapat nya bernafas dengan baik. Tak rasa bersyukur bila dada terasa tak sempit. Bila datang beban, hambik ko!!! Gua nak makan mi sedap pun kena pakai chopstik. Chopstik tu pun kira beban juga tu.

Gua baru setel kan folder esaimen-esaimen gua. Dia punya lega. Pehhhh. Macam baru baik asma.

Banyak juga kerja yang gua dah buat sepanjang semester rupanya. Dan banyak juga perubahan yang gua sedar dari segi strok melukis. Gua dah reti buat hatching, cross hatching, lukis garis lurus, lukis garis cacing-cacing, dan macam-macam jenis garis lagi.

Sekarang ni tinggal model sahaja yang gua belum mula ukir. Tapi sebelum nak ukir, gua nak kena baca buku Tamadun Islam dulu. Supaya idea gua dapat dijana dengan baik di samping bersiap untuk paper Jumaat ni.

1 ulasan: