15 April 2011

Im-promp-tu

Dua minggu berpeluang lepak kat rumah tapi gua nak ambik masa 3 hari sahaja. Tak sampai pun 3 hari gua ingat. Ya. Gua balik ke bandar zombie. Sekarang ni gua tengah berkurung. Masih berwabak rupanya. Tak payah cerita dia punya sunyi macam mana. Tak payah heran kalau ada jumpa mayat tengah-tengah jalan raya. Gua pun tengah bimbit shotgun ni.

Bila dah lama tak naik komiter, gua jadi kekok nak naik. Nak beli tiket dah lupa harga. Nak insert tiket pun dah jadi tak steady. Berdiri lama-lama pun jadi tak kena. Awek tengok-tengok terus gua tersipu-sipu. Nasib baik gua tak bawak bagasi airport. Lagi jadi tak kena. Bak kata pepatah original bagai 'rusa masuk kampung'. Tapi kampung tu kita tukar jadi 'rusa masuk akademi fantasia'. Sampai macam tu dia punya kekok.

Balik secara spontan ni membuat kan gua rasa lebih adventurous. Sebab nya adalah gua balik tak bawak kelengkapan yang secukupnya. Gua hanya bawak duit poket, dan sebuah beg yang gua isi dengan buku sketch serta pen artline 0.2 untuk scribble dalam buku sketch tu. Baju pulak gua bawak baju yang gua tengah pakai, seluar yang gua tengah pakai dan boxer yang gua tengah pakai. Semua ni semata-mata untuk mematang kan diri gua yang jangan asyik berharap segalanya akan jadi sebagaimana gua nak. Betapa adventurous nya gua dengan kembara hidup macam ni. Lebih-lebih lagi part boxer tu.

Oleh yang demikian, gua berharap kepulangan gua akan mendapat keberkatan daripada ibu gua. Gua pun nak exam ni. Lebih kurang 2 minggu lagi. Lepas ni gua nak balik rumah lecturer gua pulak untuk dapat keberkatan. Tak dapat berkat dapat soalan bocor pun jadi. Kehkehkeh.

2 ulasan: