29 Januari 2011

Fesbuk Criminal

California, 29 Januari 2011 - Akibat daripada sekumpulan pelajar universiti di Malaysia, server fesbuk mengalami kesulitan dari segi lalulintas dan telah mengakibatkan Zuckerberg rugi berjuta-juta dolar Amerika. Setelah dikenal pasti, kumpulan tersebut terlampau sibuk mengomen di salah satu post yang terdapat dalam private page mereka itu.

Penerimaan komen yang bertubi-tubi dalam tempoh yang singkat telah menyebabkan saluran pernafasan server tersumbat. Hal ini telah menyebabkan kelembapan internet di beberapa negara termasuklah China, Indonesia, Turkmenistan, Kemboja, Hawaii dan juga Bentong. Oleh yang demikian, Zuckerberg telah menerima pelbagai jenis kompelin daripada negara-negara yang dinyatakan. Zuckerberg pun tensyen.

Beberapa minit kemudian, Zuckerberg sendiri telah turun padang dan men'detect' dalang disebalik kejadian. Suspek dikenal pasti sebagai Syuha Rosly (nama sebenar) dan akibat daripada kenakalan beliau, Zuckerberg telah menghalang penerimaan komen daripada beliau sahaja. Namun, beliau masih diberi kebenaran untuk menekan link 'like' di kesemua post yang didirikan oleh society yang lain atas dasar ihsan.

Setelah memblok segala komen daripada Syuha, server fesbuk kembali laju seperti biasa dan Zuckerberg telah kembali kaya semula. Namun, Zuckerberg tetap memberikan sebuah anugerah kepada kumpulan bermasalah itu kerana berjaya menghasilkan 80 komen dalam masa 40 saat. Satu rekod baru dalam sejarah fesbuk Malaysia.

4 ulasan: