12 Januari 2011

Band Baru

Aku ada band baru. Band yang sangat rare dan aku yakin tak mungkin ada orang lain terpikir nak buat macam band aku.

Ok. Tadi baru first try kitorang. Tapi aku boleh nampak yang band ni boleh pergi jauh. Setanding dengan Bangfes, Kromok, Iron Maiden, Ana Raffali, Ramlah Ram dan Cikgu Yeop Zain bin Abdan.

Genre band aku ni undefined lagi tapi boleh diiktiraf sebagai world music. Kalau kalau Simon Amerikan Idol ada dengar, aku syak dia pun speechless tak tau nak kata apa.

Dan for future references, aku main chord A! Ya. Chord A sahaja!

Tapi dengan gabungan padu 38 orang, dia boleh jadi lagu Negaraku.

Nama band baru aku ni, I'll Stab Your Back With My Angklung. Nama mesti nak metal. Baru nampak trendy.

2 ulasan:

  1. sedara aku panggil bunk-sat
    hahaha

    disebabkan ko takde shoutbox, terpaksa aku timbulkan persoalan di sini.

    Sape yakuza-belomsunat.blogspot.com
    Kawan ko atau batch kite?
    sebab ko follow blog die
    hahaha, curious siot aku

    BalasPadam