15 Januari 2011

Nabil bin Saharuddin

Aku rasa aku bukan lah kawan yang baik.

Untuk hari ni aku tak nangis. Kenapa aku tak nangis? Aku cuba untuk menangis. Tapi aku tak boleh.

Sebab aku tau beliau lebih jijik untuk tengok kawan beliau menangis. Beliau bukan lah seorang yang sentimental. Tapi beliau seorang yang sangat menyayangi kawan-kawan sendiri.

Aku juga rasa sangat bersalah untuk tidak pergi ke pengebumian beliau. Aku tau sebenarnya tiada halangan untuk aku pergi ke sana. Aku tak tahu kenapa hari ni aku sangat pasif. Mungkin beliau juga jijik dengan kelakuan aku ni. Mungkin aku tak sanggup untuk lihat beliau ditimbus bumi. Hanya ikhlas bacaan Yaasin selepas Zohor tadi sahaja yang mampu aku curahkan ke atas roh beliau.

Aku dapat berita ni daripada our dearest closest friend Zulhilmi a.k.a Koprel. Dengan perasaan sebak beliau bagi tahu aku. Terima kasih Kop, otherwise aku memang tak tau. Masa tu aku tengah tidur. Dikejutkan dengan berita macam ni buat hari aku kelam. Tapi aku sangat berharap bahawa semua tu mimpi. Tapi dengan pertanyaan bertubi-tubi daripada pelbagai arah dalam setiap minit yang ada menyebabkan aku berasa realiti mencucuk-cucuk dada aku. Aku cuba tabah.

Seorang yang kasar tapi manis. Seorang yang pemarah tapi penyayang. Seorang yang reckless tapi berseni. Seorang yang artistik, handal bermain bola, proaktif, funny, adventurous dan macam-macam lagi yang aku tak boleh describe kan. Pendek kata, sangat bertuah untuk memiliki brother seperti beliau.

Terima kasih Nabil bin Saharuddin. Maafkan segala salah aku. Dan kau pun tau aku sentiasa maafkan kau. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

"I love you, man. We all did. Gonna be missing you."

nota-magnet-refrigerator : aku rasa sesiapa post kat wall pesbuk dia memang bebal. Aku marah.

8 ulasan:

  1. be strong jebe.. Life is too short..

    We're Allah's and to Him we return..

    Al-Fatihah..

    BalasPadam
  2. note for you: those who post the note at his facebook bukanlah bebal. cause they all didnt know where else to say their condolence....dont be too harsh. we all lost a brother and a dear friend. same2 berkabung.bukan nk cut each others throat.

    BalasPadam
  3. Hmm...bertenang oke..setiap yang hidup pasti akan kembali...be strong..u have life to be taken care of too..okay...


    Jom sini,
    Apabila kau keluar kelas

    BalasPadam
  4. takziah jekbe dan al-fatihah kat arwah.
    aku ngan afiq jgk hilang kwn last weeks coz accident.
    perit dan teramat sedih dengan khilangan kwn dunia akhirat

    BalasPadam
  5. apa bangang sape sempat promote blog lagi tu
    btw jack, aku tekejut gak, aku igt pasal apa ko 'berkabung' kat fesbuk, aku nak gak tau
    tadi lagi sekali aku tengok fesbuk ko, tgk ada entry ni, aku tekejut gak tak sangka nabil yang meninggal..al-fatihah

    BalasPadam
  6. ASSALAMUALAIKUM...

    kebetulan sangat3...aku tak kenal arwah..tapi dia sepupu kepada kawan adik aku...dan miera pun baru bagitau aku...kau member baik dia...

    takziah sangat3...aku turut rasa sedih untuk kehilangan dia...

    AL-FATIHAH...moga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman...;((

    BalasPadam
  7. hm. aku sendiri pun sedih jack bila dengar berita tuh. pagi pagi lagi akak aku dah call. hm. aku lagi jauh and tak sempat nk tgk funeral arwah. :(

    BalasPadam