19 Disember 2010

Ice Lemon Tea

Air pertama aku minum dekat Nando's.

Ok. Aku peduli apa cerita aku banyak berkisar kan Nando's. Nando's is a saviour of mine yang aku perlukan ketika dah tak ada arah tuju selepas ditendang oleh Universiti sendiri. At least Nando's ada bagi aku duit. Orang-orang lain yang dok mocking aku pasal obsesi Nando's ada bagi aku duit? Shadap go to hell la woi.

Dah 8 bulan aku kerja dekat Nando's. Dan unfortunately, aku sebagai bartender yang berwibawa harus meninggalkan kerjaya aku mulai esok 20 Disember 2010 jam 11 malam. Don't cry while I'm away bebeh, bak kata pepatah M. Shadows.

Tadi aku minum Ice Lemon Tea jenama Seasons. Sebenarnya dah berapa bulan aku tak minum air ni semenjak nak jadi Amerika minum Cocacola. Kadang-kadang tu Sprite. Kadang-kadang tu curi Sparkling Apple. Tapi tadi aku try minum balik. Ada rasa lain. Rasa sedap dia lain macam. Rasa sedap macam Strawberry Truffle dan Shepherd Pie. Seharian aku tak minum air lain selain Ice Lemon Tea.

Pernah tak bila deria kita sense something yang pernah kita rasa lepas tu ada flashback berlegar-legar dalam ruangan ingatan dan secara tiba-tiba kita terindu kan sesuatu? Aku rasa benda tu tadi. Aku minum Ice Lemon Tea dan secara nostalgianya aku teringat masa awal-awal aku mula bekerja dulu. Dan aku sedar sekali lagi yang aku cuma tinggal sehari je lagi dekat Nando's. Kenapa pulak Ice Lemon Tea ni saja je nak jadi sedap time time last aku nak kerja ni. Celaka.

Karier aku menemui penamat mulai esok. Walaupun 8 bulan sahaja aku bekerja, (kedengaran tak terlalu lama) tapi bagi aku 8 bulan ni lama sangat. Lagi-lagi bila aku yang berada dekat situasi bekerja ni. 8 kali aku dapat gaji. 8 kali ganda aku keluarkan tenaga berbanding waktu aku menjadi seorang pelajar dulu.

Aku cuma harap esok tak jadi apa-apa. Yang penting aku kena bawak baju lebih. Just in case.

2 ulasan: