11 Oktober 2010

Capsule Letter

Jekbe dearie, (seperti mana yang kau suka tuliskan di zaman koleq dahulu)

Apa khabar kau di sana? Aku pasti kau sedang berada di rumah berada bersama Mama tersayang. Masih kau belum mendapat tawaran belajar. Akibat daripada kecuaian kau sendiri bukan? Bukan niat ku untuk menyindir. Tetapi, kehidupan memang begitu. Penuh dengan ujian. Namun aku tau kau tabah. Percayalah. I just know.

Aku sengaja menulis dengan penuh gaya bahasa supaya kau tau bahawa aku telah membesar dengan matang. Matang dan berjaya. Ya, aku telah mengharungi segalanya dan apa yang aku impikan telah ku capai walaupun aku yakin tidak lah seratus peratus. Aku telah berjaya dalam kerjaya ku. Mengahwini seorang bidadari paling cantik yang turun dari syurga. Dianugerahkan 3 orang anak (setakat ni) dan bermacam-macam lagi yang aku sendiri tak dugakan. Yang paling penting, aku telah miliki sebuah Dodge Challenger '71 yang aku idamkan selama ini.

Jekbe, aku mengutuskan surat ini untuk memberitahu kau bahawa, berusaha lah bersungguh-sungguh dalam segala yang kau hajatkan. Jangan berputus asa dengan mudah kerana aku tau kau adalah seorang 'fighter' walaupun kau nampak tak bermaya dan tak boleh diharapkan. Tapi bukan itu maksud ku. Kau harus marah dan bangun daripada alam 'naive' kau kerana usiamu sudah tidak sesuai lagi untuk berfantasi. Impian hanya akan terus jadi mimpi kalau kau tak jadikan nya satu petak mula dan penamat. Seperti juga penulis kegemaran kau berkata 'you need a goal to reach yor dream'. Ingat lagi? Paul Arden?

Aku juga sebenarnya sudah berjaya menubuhkan sebuah band projek ketika ini. Ya, aku masih bermain muzik. Seni masih mengalir dalam darah aku. Blog yang aku tubuhkan juga masih aktif beroperasi. I love arts remeber? Disebabkan aku tak mau darah seni yang aku miliki ni terhenti, aku telah menghantar 2 orang anak lelaki ku ke kelas muzik dan anak perempuan ku kelas tarian balet. Tapi jangan kau salah anggap. Aku tak paksa mereka untuk pergi ke kelas-kelas ni. Hanya satu benda yang optional tapi mereka menunjukkan minat yang mendalam. Aku sangat bangga dengan mereka.

Mungkin ini sahaja yang aku mampu sampaikan setakat ni. Aku sendiri tak pasti apa yang aku ingin tujukan kepada kau. Yang paling penting aku tau kau sedang gundah ketika ini. Tapi usah kau ragu dengan takdir Allah kerana tuhanmu maha mengetahui. Jagalah diri dengan baik. Jangan lupa untuk curahkan penuh kasih sayang kepada Mama. Ingat Jekbe pesan ku ini. Ingat dengan baik.

Yours truly,
Jekbe (2026)

* * * * *

Whoa. That was creepy.

6 ulasan: