13 Ogos 2010

Puasa : Day 3

Puasa sambil bekerja bahagian servis pemakanan ni lain dia punya penat.

Penat berjalan, penat angkat benda-benda berat, penat melayan, penat keluarkan air liur, penat memaki hamun, penat hantar makanan, penat hantar minuman, penat hantar kiriman salam. Penat sungguh. Masa gua zaman-zaman terpelajar dulu, penat-penat boleh tidur dalam kelas. Kalau terlampau penat boleh tidur kat bilik langsung. Tak payah pergi kelas.

Penat-penat pun, gua kena hiburkan hati. Supaya gua dapat lupakan yang gua tengah penat.

Gua menyanyi lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Manager gua terus jadi penat dengar gua menyanyi.

2 ulasan:

  1. gua baca pun boleh jadi penat ni apa cerita ni?

    BalasPadam
  2. tu maknanya hasil puasa lu efektif dan dirahmati

    BalasPadam