02 Julai 2010

Bandar Zombie Kampung Pisang

Masa gua faking gembira bekerja tadi, gua terasa terpanggil untuk ambik order satu meja femili arab. Kepala femili dia berjambang petak. Dia yang mengatur langkah bagi order. Gua cuba menurut. Anak anak bergaduh dia tak layan. Memang cool. Gua habis ambik order gua repeat balik apa yang dia mintak. Gua tak nak ada tersilap nanti.

"May I ask you something?" Pak Arab secara tiba-tiba mengajukan soalan kat gua.

"Sure." Gua jawab paling ringkas.

"Why is it Putrajaya is so quiet? Like there's no one here." Beliau cuba kompelin.

Gua jawab pulak, "Putrajaya dah jadi bandar Zombie," tapi gua jawab dalam hati.

Gua ingat gua sorang sahaja yang peka pasal hal ni. Sampai orang Arab pun dah perasan, Tengku Adnan memang patut ambik tindakan. Gua boleh bagi cadangan kot kot kalau Tengku Adnan ada terbaca secara tiba-tiba.

Pada pendapat gua Putrajaya tak berapa nak hu-ha macam KL sebab dia faktor geografi sama faktor undang-undang yang dinamakan Rukun Tetangga. Selain tu Putrajaya jugak tak ada Snooker sama Pusat Latihan Musik disebabkan oleh faktor undang-undang tu tadi. Paling kuat pun Putrajaya ada boling sama Karaoke jamban kelas 4 bintang. Jambatan Putrajaya sememangnya mendapat tarikan daripada pengunjung dalam dan luar negeri. Namun disebabkan Rukun Tetangga itu tadi, pihak berkuasa akan selalu menghalau mereka yang bermadu kasih sampai lepas tengah malam untuk mengelakkan scene bercumbuan mengadap ke masjid. Memang tak takut neraka. Maka hasilnya tercipta lah satu bandar moden yang dipenuhi dengan zombi.

Gua rasa Rukun Tetangga ni tak sepatutnya sampai ke seluruh Putrajaya. Cukuplah sekadar kat kawasan kawasan perumahan. Ini kan sampai nak main futsal tengah-tengah malam pun nak kena pergi Bangi ataupun Cyberjaya. Nak lagi dekat Ampang. Kalau nampak suspek sikit kena tahan kat tepi highway. Dah buang masa walaupun sebenarnya gua tau polis naik bosan round-round Putrajaya tak jumpa hantu. Disebabkan benda ni malam-malam gua balik daripada minum, jalan raya kosong dan mungkin menyeramkan. Sunyi. Mat rempit tok sah cakap. Diorang pun dah jadi zombie.

Gua dah malas nak pikir perihal ni. Gua tunggu pindah. Mak gua pencen stret gua ikut pergi lepak kampung. Baru salju. Kampung ada pokok rambutan. Sekali sekala kena sengat kerengga pun apa salahnya.

***********

Tadi ada kastemer ajukan satu soalan untuk gua. Gua nak jawab pun jadi serba salah.

"Jack tu nama betul ke?" soalan pertama.

"Tak. Nak glemer glemer je kak." Gua jawab tersipu-sipu.

Beliau tanya lagi, "adik ni part time ke over time?"

"?????"

1 ulasan:

  1. owh.. putrajaya memang bandar mati pun... nasib baik aku xyah stay sana.. bestnye dok shah alam tercintaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam