16 Jun 2010

Panas

"Kawasan yang sejuk sikit tak ada dik?" kastemer.

"Err...semua kawasan sama waktu dengannya je kak. Biasa la. Aircond kongsi." gua.

Kastemer dok kompelin pasal kedai gua kerja tak sejuk.

Hebat juga bila dengar cerita Pengurus gua yang baru balik dari Afrika Selatan berceritakan tentang pengalamannya sewaktu melancong ke negara yang berada di tengah tengah dunia tu. Nasib baik juga beliau sempat beli suvenier yang berharga 20 ringgit sekeping untuk staf. Penggantung kunci je pun. Tapi 20 ringgit. Percaya atau tak terpulang lah. Oh ya. Rakyat Afrika Selatan semuanya hitam tapi cuaca dia sejuk tak ingat cecah 4 darjah selsius waktu tengah hari dan singa singa nya jinak.

Hari ni Kak Faezah dapat laporan daripada suami beliau anak nya hilang di shopping komplek Alamanda. Tersungkur akak jatuh sebab kelam kabut dan risau akan anak kecil nya yang baru sahaja pandai menyebut Upin dan Ipin. Itu pun sebut Yuyen Yiyen seperti yang diceritakan oleh akak sendiri. Peristiwa macam ni membuktikan bahawa kaum ayah jarang pandai handle anak sendiri. Penyelasaiannya jangan harap sangat kat suami untuk jaga anak dengan baik. Sekian.

3 ulasan: