14 Jun 2010

Ekzosted

Kerap kali gua terpikir sampai bila gua akan melayan orang dan sampai bila gua akan berkhidmat dalam bidang servis pemakanan kurang sihat ni. Ya, gua siries. Pemakanan kurang sihat. Sebab pemakan nya pun dah terlampau sihat. Tak reti reti lagi nak bawak berlari petang-petang?

Minggu ni minggu penat. Minggu pentelaah cuti sekolah dengan guardian mereka yang juga ingin turut serta dan 'dive in' ke alam cuti sekolah. Walaupun terang lagi bersuluh bahawa report di pejabat banyak lagi yang tak siap. Sengaja ingin mencari pasal.

Gua sangat rindukan saat menyelak buku. Menyalin nota. Menggunakan kalkulator digital casio. Membuat toyol. Bersuka ria. Menjadi Albert Hammond Jr. Bermain layang-layang. Menangkap belalang kunyit dan membaca buku sambil tiarap. Menyesal gua tak sudah sebab tak sirius di saat mana memang gua sepatutnya sirius dulu. Ya lah der. Lu boleh kutuk gua. Hasut gua. Pujuk gua. Memberi idea rasional bahawa kerja lama lama boleh dapat pangkat tinggi juga. Tapi gua ada prinsip ketat. Terlampau teguh pendirian gua. Gua tak kan stop belajar selagi gua tak sampai ke negeri Cina. Kiasan. Sila jangan lurus.

Kadang-kadang gua dengki. Tengok mat mat serta kak long kak long yang bergaya mahasiswa serta mahasiswi bersiar-siar kat Alamanda. Tambahan pula yang dok makan kat kedai gua. Pandang gua macam gua takat SPM. Tapi pada hakikatnya gua takat Matrikulasi. Atas sikit lepas SPM. Hampas lu orang. Lu orang makan pun pakai duit PTPTN. Tak payah nak berlagak. Gua sama taraf juga dengan mahasiswa. Cuma gua yang tak bernasib baik. Namun tetap ada hikmah dalam semua ni. Kisah gua. Maha Esa sahaja yang tahu.

Gua dah penat. Penat dengan semua ni. Bila lah nak berakhir tempoh gua menjadi seorang pekerja. Kalau gua tak kerja macam mana gua nak bayar brodben. Penat penat gua pun. Gua kena teruskan penat. Penat bukan selalu. Kalau tak penat memang gua pun jadi macam pemakan yang terlebih sihat di mana gua sebut awal awal tadi. Jadi. Terima kasih penat.

2 ulasan:

  1. Bun,apa-apa pun gua ttp sokong lu, rezeki ade mane2, jgn risau, bila lu dah dapat masuk u balik pasni, masuk je ptptn, call gua, haha

    BalasPadam