20 Mei 2010

Tukar Selera

Gua dah mula main tukar selera. Gua nak cuba benda-benda baru. Balik-balik benda sama. Balik-balik orang sama. Balik-balik haiwan sama. Gua fedap la sama-sama ni. Tak kan sorang awek pun nak kongsi sama-sama. Gua pun dah fedap dengan perkataan sama ni. Dah la. Gua nak tukar ayat.

Boring dah hidup gua ni. Hari-hari mengadap benda sama. Fesbuk fesbuk fesbuk. Hari-hari jugak la kalau gua bukak fesbuk, gua termenung depan komputer. Dah macam orang putus harapan. Tak kan pasal fesbuk gua nak putus harapan. Tujuan gua ada fesbuk sebab gua nak bersembang dengan budak-budak. Entah apa diorang pun macam ketandusan idea je nak ajak bersembang. Sembang dengan awek tak kenal banyak pulak goman dia.

Disebabkan gua dah malas nak layan kerenah yang sama. Gua tukar. Kalau hari-hari gua mengadap teevee, gua nak tukar mengadap sejadah pulak. Kalau hari-hari gua mengadap nasi, gua nak tukar mengadap makaroni. Kalau hari-hari gua makan dada, gua tukar nak makan peha. Baru gua rasa hidup gua ada metafora. Ada seni. Ada budaya dan warisan. Juga ada protein dan khasiat Dumex 123. Esok gua tukar lagi. Biar hari-hari ada kelainan. Biar la orang pandang gua macam tak ada pendirian. Tapi hidup lebih dari satu tin kosong yang kita dok sepak bergolek ke dalam longkang. Cuba penuhkan tin kosong tu. Ada rasa nak sepak?

2 ulasan:

  1. sembang dengan awek tak kenal tu gua suka..keh3

    BalasPadam
  2. Mana blog lama lu stiffler? Sudah masuk recycle bin?

    BalasPadam