23 Mei 2010

Bersama Jack Dykes

Hai dan selamat petang buat warga London sekalian. Buat yang berada di Malaysia anda boleh tambah lapan jam daripada waktu GMT sekarang dan gua syak sekarang tengah malam. Jadi buat warga Malaysia sekalian selamat tengah malam.

Gua Jack Dykes hos anda hari ni akan berulas sedikit perlawanan bola sepak final antara team Nazi-Bayern Munich menentang team Mafia-Inter Milan. Ramai yang predict Inter Milan akan menjadi juara hari ni dengan pelbagai alasan seperti Inter ada Rambo, Jose Mourinho manager terbaik, betis Sneijder besar dan kaki Eto'o dah bersih daripada ketuat. Jadi, gua sebagai seorang yang universal ingin menyokong Inter Milan hari ni sebab gua suka cerita Godfather.

Sebenarnya gua dah tiba di arena Ameer Ali Seksyen 15 seawal 3 jam sebelum perlawanan. Gua dah syak yang arena ni akan penuh. Ramai penonton dah tak sabar nak tengok game penting tahun 2010 jadi mereka tiba lebih awal di samping nak mengecat muka masing-masing. Ramai juga berbelang merah putih tapi tak boleh nak celen yang berbelang biru hitam. Tak kira juga yang memakai baju Chelsea nak sibuk-sibuk. Menyampah juga gua dibuatnya. Gua cuba nak cat merah kuning. Biar nampak paling rare.

Game start tepat pukul 3. Kick off manja dimulakan. Walaupun game dah bermula. Ramai juga penyokong fanatik bola sepak yang masih dalam kereta mencari parking. Badigol. Macam tak pernah pergi tengok bola. Dengar ikut siaran radio je lah. Gua try tekel mamak. Suet gua paling kuat adanya itu jam. Mamak yang gua syak pangkat supervisor datang kat table gua. Gua pesan teh tarik pertama. Air king sama event king macam ni memang matching habis.

Awal-awal game dah menunjukkan serba serbi Inter Milan tak kongker padang. Bayern cuba mengawal padang dengan tempo sederhana sama play safe. Tapi Inter tak sebodoh mereka sampai nak main lama-lama. Inter guna strategi paling rakus. Serang balas. Walaupun tak laju mana, tapi cukup untuk menggoyahkan pemerintahan team Nazi tersebut. Usaha Inter tak sia-sia. Walaupun kadang-kadang terpaksa main kotor dengan menyagat kaki Robben, serang balas Inter menjadi juga hasil permulaan daripada keeper handalan Julio Cesar tepat ke kaki Sneijder. Kebijaksanaan Sneijder menghantar bola terus kepada Milito dengan penamat yang cukup menarik. Minit ke-35 mencipta sejarah tahun 2010 apabila Inter mendahului 1 gol. Gua dah nampak muka tak puas hati pemain-pemain Bayern lebih-lebih lagi ulang tayang slow-mo yang ditunjukkan. Rasa nak tergelak pun ada tapi sifat gua lebih kepada simpati. Ada juga tergelak kecil. Zol yang tengah duduk sebelah gua, gua terdengar hembusan nafas beliau yang kuat. Marah agaknya.

Half time. Mamak cuba rehatkan sound sistem mereka. Celaka. Gua punya ulasan semua jadi silent. Gua terus cuba order teh tarik kedua. Sejuk angin malam menarik saraf gua ngilu. Air panas dan king macam ni je yang dapat meredakan gua. Gua sembang-sembang dengan Shebby Zol, Mal Ginga sama Jang Juninho bertukar pendapat mengenai perlawan tadi.

"Bayern tak patut main serupa tiru Barcelona. Padah nanti..." Shebby Zol

"Mamak!!! Teh O Ais gua mana?!!!" Jang Juninho

"Eh...AF tadi siapa menang?" Mal Ginga

Teh tarik gua sampai tepat pada jam kick off kedua. Gua tengok game dengan tenang memandangkan Inter dah mendahului satu gol. Tapi sepak mula Bayern macam menunujukkan hasil. Gua dah mula goyah sedikit. Zol dah senyum nipis tapi akhirnya masam mencuka semula apabila gawang Inter sedikit pun tak tembus dengan adanya dinding yang diketuai oleh Lucio. Bagus juga strategi defensive Jose Mourinho.

Akhirnya minit ke 70, gol kedua disumbat lagi sekali oleh Milito a.k.a Rambo a.k.a Sylvester Stallone. Kali ni gua tengok mulut Zol dah berbuih-buih. Macam kena kejutan. Kali ni gua dah kompem Inter menang. Bayern pula hanya nak mengekalkan strategi yang sama. Tempo mereka sama perlahan dan tak menunjukkan akan push lebih kuat lagi. Cuma mereka lebih menggunakan khidmat Robben kali ni.

Gua dah malas nak cerita banyak-banyak. Last-last minit ke-90 wisel penamat ditiupkan dan Inter mengekalkan kedudukan mereka dengan 2 gol. Milito melonjak kegirangan sebab beliau sorang sahaja yang menjaringkan 2 gol. Mungkin dapat hemper lepas ni. Gua pun cuba ingin melonjak tapi disebabkan posisi table gua berada betul-betul di depan skrin, tak manis gua rasa. Ramai juga penyokong fanatik bola dah mula beredar meninggalkan arena Ameer Ali. Nak mengelak road blok agaknya. Gua kekal dengan posisi gua sebab tak nak terlibat dalam kesesakan lalu lintas. Brader-brader mana ikut budak-budak yang kena balik cepat. Subuh kang mak dah bangun.

Akhir sekali tahniah buat Internazionale Milano sebab menjuarai Liga-liga Juara sesi 09/10. Gua memang dah syak bahawa pasukan dibawah pimpinan Jose Mourinho pasti menjadi juara. Satu musim yang gemilang buat pasukan dari Italy ini serta satu kebanggaan buat semua penyokong-penyokongnya. 2011? Macam macam kejutan boleh berlaku di musim akan datang. Kita tunggu dan saksikan. Jumpa lagi. Bye bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan