14 Mac 2010

Jenis-jenis Customer Yang Gua Hadapi

Sejak gua sibuk dalam bisnes makan-makan ni, gua dah tak ada sangat masa nak pom pang pom pang dengan kawan-kawan. Tup tap tup tap kat fesbuk. Tup tap tup tap kat blog. Serta lalalitamplom kat padang. Tapi gua dapat study pasal banyak orang bila kerja dengan ayam.

Ada 4 jenis orang yang gua jumpa kat kedai bos gua ni. Semua yang jenis paling gua menyampah nak melayan.

1) Customer Kaya Pakai BMW 7Series
Yang ni jenis customer yang datang secara confiden bawak awek atau bawak famili 14 15 orang. Padahal gua memang malas nak melayan jenis orang macam ni. Bila datang, buat macam kedai sendiri. Main duduk je kat table mana-mana dengan nada suka hati. Bila gua cakap table tu reserve, lu yang sombong nak marah kat gua balik. Siapa yang bodoh gua pun tak tau. Last-last makan macam budak darjah satu yang first time turun rehat tak ada mak bapak tunggu. Habis bersepah. Harap je loaded. Pakai sudu garfu pun tak reti.

2) Customer Kaya Pakai Wira Arobek
Yang ni customer jenis kaya tapi tak menunjuk. Gua tak berapa nak heran. Tapi kalau dah hari-hari pun nak makan kat kedai bos gua. Gua pun dah terjadi hafal makanan kegemaran beliau. Gua pun boleh jadi menyampah kalau tak ada langsung nak tinggal kan duit tip. Kalau lu hari-hari datang tinggalkan seringgit, gua sebulan dah boleh dapat 30 ringgit. Ada juga tambang gua nak buat gerak Melaka.

3) Customer Rentung
Yang ni gua tak pasti datang dari mana. Tapi yang gua pasti bila diorang datang kedai bos gua ni, diorang terasa macam ada kat negara diorang sendiri. Gua sedar perkara ni bila gua nampak diorang melayan lagu-lagu yang berkumandang dalam kedai gua sambil pejam mata hayun hayun badan ke kiri dan ke kanan. Ada juga yang minta gua kuatkan sikit volume. Tapi gua sempat bagi alasan punat volume dah tercabut. Jenis ni pulak jenis orang berperutkan gajah Afrika Selatan. Sekali order habis penuh satu table. Tak muat table for four kena pula gua angkat lagi satu table for two. Yang datang 2 orang. Tapi table untuk 6 orang. Gua juga yang terpaksa angkat pinggan kotor ulang alik 2 3 kali masuk washroom.

4) Customer Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Body Kita Binasa
Yang ni lagi menganggu jiwa gua nak kerja. Dah datang kedai bos gua, cuba berpakaian elok-elok sikit. Kalau gelas yang gua angkat terjatuh pecah, macam mana gua nak bagi alasan. Tak kan gua nak cakap seksual harasment. Gua pun tak berapa reti nak sebut. Kalau lurah paling dalam tu dah terdedah, gua harap ada juga yang nak sedarkan kaum hawa tu. Tapi kalau semua staf pun dah ajak gua, gua juga ambil peluang nak refill kan air beliau nanti. Tambah lagi dosa gua. Gua nak cuba elak tapi tak dapat. Kalau dah rezeki gua, gua nak buat macam mana. Tapi kalau lurah lelaki pun gua nampak juga. Waktu break memang gua tak jadi makan rasanya. Berdaki lu tau.

Gua rasa banyak lagi jenis-jenis orang yang gua jumpa. Setakat ni empat je lah. Gua bukan budak human resource nak nilai-nilai orang ni. Gua sendiri tak perfect.

2 ulasan: